Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ikan Siakap Masak Tomyam, Memang Sedap Yang Amat Semakin Berselera Makan

Resepi Ikan Siakap Masak Tomyam, Memang Sedap Yang Amat Semakin Berselera Makan

Kategori: ,,
ikan siakap masak tomyam

Ikan siakap masak tomyam merupakan antara masakan yang sangat sedap dan jarang di cuba oleh rakyat Malaysia. Walaupun begitu, rasa ikan siakap tomyam ni memang sedap. Kita asyik makan ikan siakap 3 rasa, ikan siakap kukus stim tapi kali ini apa kata anda cuba masak ikan siakap tomyam pula. Memang sedap yang amat. Confirm semakin berselera makan.

BAHAN-BAHAN

Bahan Kisar:

  • 4 batang cili merah
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang puteh
  • Sedikit halia

Bahan Campak:

  • 3 batang serai
  • 5/6 helai daun limau purut
  • 3 batang serai di ketok
  • 1/2 bawang kuning dibelah empat
  • 2 biji tomato dibelah empat
  • 10 batang cili padi

Bahan Lain:

  • 3 sudu thai pes
  • 2 sudu cili pes
  • 3/4 sudu besar susu cair
  • Air
  • 1 kiub ayam
  • 1 ekor ikan siakap
  • 10 biji limau kasturi

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkan sedikit minyak. Tumis bahan kisar dan masukkan 3 batang serai yang diketuk. Tumis sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan thai pes dan cili pes.
  3. Lepastu masukkan air dan kiub tomyam.
  4. Masukkan pula susu cair dan air limau kasturi tadi. (buang biji dulu)
  5. Kacau dan masukkan pula bahan-bahan campak tadi.
  6. Apabila dah sedikit mendidih, boleh masukkan ikan.
  7. Okay siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Hajar Hasikin 

Baca juga: Ikan Siakap Kengsom Original Thai Ini Pasti Memikat Selera Anda, Sangat Sedap!

tags: |