Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Jagung Manis Ala Pasar Malam, Tambah ‘Cheese’ Lebih Sedap! Buat Sendiri Sangat Puas Hati

Resepi Jagung Manis Ala Pasar Malam, Tambah ‘Cheese’ Lebih Sedap! Buat Sendiri Sangat Puas Hati

Kategori: ,
resepi jagung manis pasar malam

Jagung manis memang mendapat sambutan yang ramai. Jika di perhatikan penjual jagung manis ini masih menjual makanan ini di pasar malam walaupun kini pelbagai makanan baru yang wujud. Tetapi memandangkan sekarang adalah musim PKPB jadi kita semua sudah tidak boleh mendapatkan jagung manis yang di jual di pasar malam lagi. Sekali sekala mesti teringin kan? Jadi apa kata buat sendiri sahaja di rumah. Mudah je nak buat. Tambah cheese lagi sedap tau. Bercheese gitu. Lagi pula kalau buat sendiri boleh makan sepuas hati!

Resepi Jagung Manis Ala Pasar Malam, Tambah Cheese Lebih Sedap! Buat Sendiri Sangat Puas Hati

BAHAN-BAHAN:

  • 2 batang jagung
  • Garam
  • Susu cair
  • Planta
  • Cheese

CARA PENYEDIAAN:

  1. Rebus jagung hingga masak. Apabila dah masak tapis dan buangkan air rebusan.
  2. Tuangkan semula jagung ke dalam periuk dan masukkan garam secukupnya.
  3. Kemudian masukkan susu cair. Kacau dulu.
  4. Masukkan pula planta atau marjerin. Kacau lagi bagi sebati.
  5. Kemudian kalau nak lebih sedap, masukkan cheese. Kacau bagi sebati.
  6. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: yusnizal Via MAHN

Baca juga: Ini Dia Cara Betul Buat Bubur Jagung Lemak Manis Bersagu, Patut Pun Sedap Dan Nampak Cantik Je!

tags: