Janchi Gukus merupakan Mi Sup Korea yang sangat sedap dan sesuai dekat tekak orang Melayu juga. Selain dijual di restoran Korea, kita juga boleh menyediakannya sendiri di rumah. Untuk menyediakan Janchi Guksu ini memang sangat mudah.
Nak cuba buat? Jom kita ikuti resepi yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli. Caranya memang mudah, yang tak pandai masak pun boleh cuba buat.
Cara Buat Mi Sup Korea, Janchi Guksu Yang Enak & Mudah
Bahan-bahan:
- 1 kiub pati ikan bilis
- Hirisan bawang holland
- Sedikit garam
- Spaghetti angel hair
- Hirisan lobak merah
- Daun bawang ( guna timun pun boleh )
- Hirisan rumpai laut
- Kimchi
- Sup panas
Cara Penyediaan:
- Rebus air dalam periuk kecil, masukkan 1kiub pati ikan bilis dan hirisan bawang holland. Biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sekiranya perlu.
- Rebus spaghetti angel hair selama 10 minit. Kemudian bilas dan toskan. Sanggul cantik letak dalam mangkuk.
- Susun hirisan lobak merah, daun bawang, kimchi dan hirisan kepingan rumpai laut.
- Tuang sup yang panas tadi ke atas mi.
- Siap untuk dihidangkan.
Mudah je kan nak buat Janchi Guksu ini? Bahan yang digunakan juga tersangatlah simple. Sekali rasa pasti nak buat lagi. Jadi tunggu apa lagi tu, jom kita buat sekarang!
Selamat mencuba!
Kredit: Zurina Zulkefli Via MAHN
Baca juga: Cara Buat Sup Tauhu Telur Simple, 5 Minit Dah Siap!