Langkau ke kandungan

Cara Buat Sup Tauhu Telur Simple, 5 Minit Dah Siap!

Resipi

8 bahan, 6 langkah

Terus ke resipi
Cara Buat Sup Tauhu Telur Simple, 5 Minit Dah Siap!

Sudah kehabisan idea nak masak apa untuk sahur dan berbuka? Resipi sup tauhu telur simple ini tepat buat anda kerana masa memasak hanya mengambil masa selama 5 minit!

Tak perlu risau jikalau tersedar sahur lambat sebab resipi ini sangat mudah dan tidak leceh untuk disediakan.

Sesuai juga untuk mereka yang bekerja. Pastinya sudah penat pulang dari kerja dan hanya mahu masak juadah yang tidak menggunakan banyak bahan.

Resipi Sup Tauhu Telur Simple

Bahan-bahan:

  • 3 pek tahu telur
  • 1 pokok brokoli
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah
  • 2 sdb lada sulah
  • 2 sdb sos tiram
  • 1 sdb tepung jagung + 1 sdb air

Cara-cara:

  1. Potong tahu telur, kemudian salutkan dengan tepung jagung. Gorengkan sampai kekuningan.Cara Buat Sup Tauhu Telur Simple, 5 Minit Dah Siap!
  2. Bila dah garing, angkat dan ketepikan.Cara Buat Sup Tauhu Telur Simple, 5 Minit Dah Siap!
  3. Baki minyak tadi kurangkan sikit, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dihiris nipis.Cara Buat Sup Tauhu Telur Simple, 5 Minit Dah Siap!
  4. Masukkan sos tiram dan air sesuai dengan citarasa. Bila kuah dah mendidih, masukkan pula brokoli, kalau nak letak sayur lain pun boleh.Cara Buat Sup Tauhu Telur Simple, 5 Minit Dah Siap!
  5. Masukkan tahu telur goreng tadi dan serbuk lada sulah.Cara Buat Sup Tauhu Telur Simple, 5 Minit Dah Siap!
  6. Akhir sekali masukkan cili hiris dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih seketika dan terus tutup api.Cara Buat Sup Tauhu Telur Simple, 5 Minit Dah Siap!

Kredit: Umi Watie

Si Bunga

Penulis Daily Makan.

Semua tulisan Si Bunga