Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Jus Avocado Coklat Yang Menggiurkan, Try Sekali Confirm Repeat Berkali

Resepi Jus Avocado Coklat Yang Menggiurkan, Try Sekali Confirm Repeat Berkali

Kategori: ,

Ramai antara kita yang telah diajar dari kecil untuk berbuka puasa dengan makanan atau minuman manis. Walaupun ianya bukanlah sesuatu yang baik untuk kesihatan tetapi itulah tradisi yang dilakukan sejak dulu kala.

Bagi korang yang suka buah-buahan, korang wajib try resepi ni. Pasti korang tak akan menyesal. Setiap buah mempunyai khasiat mereka tersendiri sama seperti buah avocado. Buah avocado mengandungi Vitamin C (membantu dalam menghindari dari jangkitan kuman), Vitamin E (membantu dalam memelihara kesihatan saraf dan otak) dan lain-lain.

Wah! Bukan kaleng-kaleng khasiat buah avocado ni! Sebab tulah korang wajib try resepi ni. Daripada minum air chocolate  float, baik korang minum jus ni.

Cara-cara Buat Jus Avocado Coklat Yang Menggiurkan

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji buah avocado (ambil isinya sahaja)
  • 250ml susu segar
  • 2 sudu makan susu pekat
  • 2 sudu makan gula
  • coklat cair

Cara Penyediaan Jus Avocado Coklat:

  1. Ambil isi avocado dan blender bersama susu segar, susu pekat dan gula.
  2. Tambahkan air mengikut kepekatan yang anda gemari.
  3. Letakkan coklat cair pada dinding gelas.
  4. Tuang jus avocado ke dalam gelas.
  5. Tambahkan ais ke dalam jus.

Done! Eh, sabar. Jangan minum sekarang! Tunggu azan maghrib dulu. Nanti tak pasal-pasal kena ganti puasa.

Mudahkan nak buat jus avocado ni. Tak sampai 5 minit dah siap. Sangat sesuai bagi korang yang pentingkan kesihatan tapi dalam masa sama sibuk dengan kerja.

Itu sahaja perkongsian dari Daily Makan mengenai resepi jus avocado coklat. Selamat mencuba!

 

Kredit: Mat Nasrullah

Baca juga: Cara Buat Jus Tembikai Susu, Memang Mudah & Sedap

tags: |