Dah buntu tak tahu nak masak apa untuk suami kesayangan? Mungkin anda boleh cuba menu yang lain dari lain pula. Menu yang tidak pernah anda cuba sebelum ini. Antara menu yang boleh anda buatkan adalah Kacang Panjang Goreng Tempe Busuk.
Kedengaran agak pelik kan? Namun ini adalah salah satu sayuran atau menu yang sangat digemari oleh suami Sri Rahayu. Nak cuba buat di rumah? Jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini.
Cara Buat Kacang Panjang Goreng Tempe Busuk Yang Sedap & Menyelerakan!
Bahan-bahan:
- Kacang panjang 250 gram } potong ikut suka
- Tempe busuk
- Cili api
- Bawang merah
- Sedikit halia
- Sedikit belacan
- Garam
Cara Penyediaan:
- Tumbuk kesemua bahan kecuali kacang panjang. Tumbuk kasar je.
- Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak kemudian masukkan bahan yang sudah ditumbuk.
- Kemudian tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan pula kacang panjang, sedikit garam dan sedikit perisa tumisan, maggi, ayam knor atau apa sahaja. Gaul rata.
- Kemudian masukkan air panas 1 hingga 2 cawan. Kacau-kacau masak dalam 4 hingga 5 minit dan test rasa. Sukatan air panas tu ikut suka.
- Siap. Angkat dan sajikan.
Mudah sahaja kan nak buat Kacang Panjang Goreng Tempe Busuk ini? Jadi tunggu apa lagi tu, jom kita cuba sekarang. Walaupun nama tempe tersebut busuk, namun rasanya sangatlah sedap.
Selamat mencuba!
Kredit: Sri Rahayu
Baca juga: Resepi Daging Paling Simple Dan Sedap, Ini Dia Daging Goreng Cili Api Campur Kacang Panjang!