Post kali ini kami nak kongsikan resepi kek yang tengah viral sekarang ni. Mesti ramai peminat tegar Kek Batik kan? Selalunya kita buat Kek Batik biasa ja, kalini kita akan cuba buat resepi Kek Batik Indulgence. Nama pun dah wow apatah lagi rasanya nanti kan. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara-cara membuat Kek Batik Indulgence yang viral ni.

Bahan-bahan untuk Kek batik:

  • 300g biskut marie (patah dua setiap keping)
  • 1/2 tin (200g) susu pekat manis
  • 3/4 cawan susu cair
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 3/4 cawan milo
  • 1 biji telur gred A
  • 250 g mentega (cair)

Bahan-bahan untuk Lapisan cream cheese:

  • 250g cream cheese
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 50g gula kastor
  • 120g UHT whipping cream
  • 12g gelatin (serbuk)
  • 50ml air panas (mendidih)

Bahan-bahan untuk Lapisan coklat ganache:

  • 3/4 cawan UHT Whipping cream (dipanaskan)
  • 200g coklat masakan gelap (dark chocolate)
  • 1 sb mentega

 

Cara menyediakan Kek batik:

  • Masukkan mentega cair, susu pekat manis, susu cair, milo, serbuk koko dan telur ke dalam kuali
  • Buka api sederhana perlahan dan kacau sehingga semua bahan larut dan sebati
  • Apabila sudah larut, tutup api dan masukkan biskut marrie yang telah dipatahkan ke dalam campuran tadi
  • Masukkan semua campuran ke dalam loyang yang bersaiz 8 inci
  • Sejukkan di dalam peti ais untuk seketika

Cara menyediakan Cream cheese:

  • Masukkan gelatin(serbuk) dan air panas(mendidih) ke dalam bekas
  • Kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya
  • Masukkan cream cheese, gula kastor dan esen vanilla ke dalam mangkuk yang lain
  • Putar bahan tadi sehingga sebati
  • Masukkan gelatin yang sudah dicairkan tadi ke dalam mangkuk adunan tadi
  • Pukul sehingga sebati
  • Kemudian masukkan whipping cream dan pukul sekadar sebati
  • Lapis adunan cream cheese yang telah siap diputar ke atas lapisan kek batik yang disejukkan tadi
  • Sejukkan semula di dalam peti ais selama 30 minit

Cara menyediakan Coklat ganache:

  • Masukkan dark chocolate compund, mentega, whipping creame ke dalam mangkuk dan biarkan selama 2 minit
  • Kemudian putar sehingga sebati
  • Sejukkan selama 10 minit sebelum dituang ke atas kek batik
  • Tuang adunan coklat tadi ke atas kek batik
  • Sejukkan kek selama 3 -4 jam sebelum dimakan

 

Siap! Selamat mencuba

 

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 1,339 times!)