Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kek Batik Terbaik Perghhh

Resepi Kek Batik Terbaik Perghhh

Kategori:

Hai semua! Teringin nak makan kek yang paling nikmat semasa bosan atau tiada apa-apa kerja rumah nak buat? Jangan bimbang. Saya akan kongsikan resepi kek batik yang paling terbaik, buat sekali, conform nak buat hari-hari tau !!

Sebenarnya kek batik ini ada dijual di kedai. Tapi kalau diikutkan,satu bekas dijual dengan harga RM5, tapi dalam kuantiti yang sedikit. Berbaloi jika kita buat sendiri di rumah. Lebih jimat, lebih berbaloi. Boleh makan berulang-ulang. Tunggu apa lagi, Jom baca resepi kek batik ini dan buat sekarang!!!

Bahan-bahan

  • 25 keping biskut Marie mana-mana jenama.
  • 3/3 susu tin pekat manis
  • 5 sudu besar milo
  • 1 sudu besar serbuk koko, kalau anda rasa nak best lagi bolehlah guna brand van houten
  • 200 gram buttercup
  • Loyang 4 segi saiz 7-8 ya
  • Plastik bembungkus nasi

Cara–cara membuat kek batik

  1. Panaskan kuali, Masukkan 200 gram buttercup. Gunakan api perlahan je, Bila butter mula mencair, Masukkan ¾ susu pekat. Kacau rata adunan.
  2. Seterusnya, masukkan 5 sudu besar mi;o dan 1 sudu besar serbuk koko, kacau rata sehingga adunan menjadi sedikit likat berkilat.
  3. Tutupkan api. Tak sampai 10 minit je proses ini semua. Boleh mula patah-patahkan biskut Marie. Gaul rata. Hncurkan sedikit dengan senduk untuk dapatkan tekstur.
  4. Maukkan ulapisan pertama. Kemas adunan di segenap ruang Loyang. Gunakan lebihan plastic itu untuk menekan adunan. Ulang langkah sama sehingga adunan habis. Tekan kuat sikit supaya adunan kek batik menjadi padat dan kemas.
  5. Kemudian, bila anda sudah siap tekan, bolehlah tambah toping kesukaan anda jika mahu. Terpulang andalah toping apa yang hendak diletak seperti nuttela ke, oreo atau cream cheese, Selepas itu, anda tutup adunan tadi dengan plastic dan sejukkannya selama 3-6 jam atau semalaman dalam peti sejuk
  6. Keluarkan kek batik dan potong dengan pisau yang tajam. Mula-mula potong memanjang stebal 1 ½ inci setiap lajur Potong lagi jadi empat segi membentuk blok kecil.

Siap! Best tau resepi ini. Kami juga sarankan anda cuba versi moden resepi kek batik yang tengah trending iaiti Kek Batik Coklat Melting. Selamat mencuba.

tags: | | |