Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kek Butter Chiffon Yang Sedap Dan Lembut Bak Kapas, Tak Rugi Kalau Cuba

Resepi Kek Butter Chiffon Yang Sedap Dan Lembut Bak Kapas, Tak Rugi Kalau Cuba

Kategori: ,
resepi kek butter chiffon

Kek butter chiffon merupakan kek yang digemari oleh kebanyakkan orang. Rasanya lembut dan sedap memang menyelerakan. Dan ianya bukan sahaja sedap tetapi nak menyediakan kek butter chiffon ini mudah sahaja. Bahan-bahannya juga sangat ringkas. Jadi tunggu apa lagi, jom kita buat!

BAHAN A :

  • 3 biji telur kuning
  • 1/2 sdt esen vanilla
  • 1/4 sdt garam
  • 60g gula
  • 80ml susu
  • 100g tepung kek + 1/2 sdt baking powder diayak
  • 40ml minyak jagung

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkan telur kuning, vanilla, garam dan gula dalam mangkuk. Adun pakai mixer smpai telur bertukar warna krim.
  2. Kemudian masukkan susu, minyak jagung dan campuran tepung. Kali ni gaul pakai whisk sahaja sampai sebati dan ketepikan.

BAHAN B (MERINGUE):

  • 3 biji putih telur
  • 60g gula
  • 1/4 krim tartar(optional)

CARA PENYEDIAAN:

  1. Putar telur putih guna mixer smpi berbuih. Pastu masuk krim tartar kalau ada. Putar lagi kelajuan tinggi.
  2. Seterusnya masukkan gula (buat 3 kali masuk). Putar sampai kental.
  3. Apabila dah kental campurkan meringue ni dlm adunan A secara berperingkat sebanyak 3x. Adun lembut guna spatula.
  4. Dha siap tuang dlm loyang 7×7 yg telah siap digris dan dilapik kertas baking. Ketuk-ketuk loyang nak bagi bubble hilang.
  5. Bakar dlm oven ikut kepanasan suhu masing-masing. Oven saya 165 darjah, 50min.
  6. Dah masak kek, sejukkan.

BAHAN C (BUTTERCREAM):

  • Salted butter 150g
  • 40g gula icing
  • Sedikit esen vanilla

CARA PENYEDIAAN:

  1. Satukan semua bahan dalam mangkuk dan putar dengan mixer pada kelajuan tinggi.
  2. Hiaskan atas kek ikut kesukaan.
  3. Siap!

SELAMAT MENCUBA!

Kredit resepi: Chesu Riania

tags: |