Sedapnya kek butter marble ni. Jom cuba resepi kek butter marble ini, yang pasti memang confirm kek akan jadi lembut, gebu dan semestinya sedap! Pasti boleh memikat hati anak-anak anda.
Resepi Kek Butter Marble Yang Sedap, Lembut Dan Gebu
Bahan-bahan:
- 250g butter (kallu guna pure butter lagi sedap – cth: SCS/Anchor/Golden Churn)
- 1/2 cawan gula castor * kalau nak manis lagi boleh tmbah hingga 3/4 cawan
- 6 biji telur (gred A/B)
- 4 sdb susu pekat
- 1/4 cawan susu segar/freshmilk
- *2 cawan tepung superfine
- *1 sdb tepung jagung
- 1sdb Essen vanilla ( saya guna butter vanilla )
- 3sdb coco powder ( saya guna serbuk coco delfi )
- 1sdb emulco chocolate
Cara-caranya:
- Pukul butter hingga kembang betul-betul kembang dan putih, kemudian masukkan gula castor. Pukul sebati.
- Masukkan telur 1 persatu. Pukul hingga kembang dan kemudia masukkan essen vanilla.
- Masukkan susu pekat & susu cair. Pukul sekejap. Masukkan tepung dan pukul 2 minit untuk bagi sebati sahaja.
- Bahagi adunan kepada 2 bahagian.
- 1 bahagian masukkan coco powder & emulco coklat (guna kaedah kaup balik je pakai spatula).
- Ambil loyang yang telah dilapik baking paper – sapu sedikit marjerin supaya senang tanggal kek nanti.
- Selang selikan adunan bermula yang ori-choc-ori-choc sehingga habis.
- Tarik guna lidi dari penjuru atas loyang ketengah point kek (buat 4 penjuru sahaja) – untuk dapatkan corak zebra line. Setiap kali nak tarik, lap lidi dengan tisu supaya adunan tak tercampur warna.
- Bakar 160°c selama 45minit api atas bawah * bergantung oven masing2. Sebelum tu jangan lupa panaskan dulu oven 10 minit sebelum masukkan kek.
- Siap!
- Gebu kan.
Kredit: Umi CT Sha Abdullah
Selamat mencuba!