Resepi Kek Butterscotch With Honey Roasted Almonds ini dikongsi oleh seorang wanita di laman facebook MAHN. Ia merupakan kek butterscotch yang dihiasi dengan whipped cream dan di curahkan pula madu serta ditaburkan kacang almonds. Sangat sedap dan memang menyelerakan. Ditambah pula dengan bau sos butterscotch pasti membuat anda tergoda.
RESEPI KEK
Bahan-bahan:
- *75gram tepung kek/superfine
- *60gram gula
- *2 biji telur
- *1 sudu kecil ovalette
- *1/4 sudu kecil baking powder
- *1 sudu kecil esen vanilla
- *35ml air
- 35ml minyak jagung
- Sedikit garam
Cara Penyediaan:
- Campurkan kesemua bahan bertanda * di dalam bekas dan pukul/mix sehingga gebu, putih, pekat dan kembang. Kemudian matikan mixer.
- Selepas itu, masukkan minyak jagung dan garam. Kacau rata.
- Masukkan adunan ke dalam loyang 8 inci yang telah dialaskan dengan baking paper.
- Bakar pada suhu 150° selama 20 minit. Api atas bawah.
- Apabila dah masak keluarkan kek dari loyang dan biarkan sejuk.
RESEPI SOS BUTTERSCOTCH
Bahan-bahan:
- 100gram gula castor
- 20gram butter (unsalted)
- 1 cawan metrik whipping cream
- Sedikit air
- Sedikit garam
Cara penyediaan:
- Campurkan gula dan air ke dalam periuk. Masak sehingga perang. Jangan sampai pahit.
- Kemudian masukkan butter dan kacau sebati. Api perlahan je.
- Kemudian masukkan whipping cream dan garam dan kacau sebati. Tutup api.
RESEPI WHIPPED CREAM:
Bahan-bahan:
- 1 cawan metrik non-dairy whipping cream
- Sedikit sos butterscotch
Cara penyediaan:
- Pukul whipping cream sehingga mendapat tekstur stiff peak.
- Campurkan sedikit sos butterscotch ke dalam whipped cream dan kacau rata.
CARA HIAS KEK:
- Paipkan whipped cream ke atas kek dan ratakan.
- Potong kek menjadi bahagian-bahagian kecil.
- Paipkan whipped cream ke atas setiap bahagian-bahagian kecil kek tu tadi.
- Paipkan/tuangkan sos butterscotch ke atas kek.
- Kemudian taburkan dengan kekacang kesukaan kita. Asal jangan kacang dal, kacang parang, kacang hijau, dan kacang kuda je.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Khairunnisa Mohammad Via MAHN