Kek coklat merupakan salah satu kek yang popular bukan sahaja di Malaysia bahkan seluruh dunia. Ini kerana, kebiasaannya rasa kek coklat tidak muak berbanding jenis kek yang berkeju dan berkrim.
Kek coklat dihadirkan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Ia juga sesuai dijadikan kiriman hadiah dan juga pemanis mulut ketika sesi jamuan atau apa-apa acara majlis. Jadi, kali ini, buat pembaca kami, kami sediakan satu resepi kek coklat kukus sukatan cawan.
Resepi ini dianggarkan dalam tempoh 20 minit kukus dan boleh dapat sehingga 17 bekas dalam satu adunan.
Resipi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan, Kukus Dalam 20 Minit Je, Boleh Sediakan Masa Raya Ni
Bahan-Bahan:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan minyak
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula kastor
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan susu pekat
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 susu kecil baking soda
- 1 sudu essence vanilla
Cara Penyediaan:
- Campur minyak, serbuk koko dan tepung gandum serta kacau sampai sebati menggunakan whisk atau senduk.
- Kemudian, masuk kan baking soda dan juga baking powder. Kacau lagi.
- Seterusnya, masuk kan susu cair dan juga essence vanilla dan teruskan kacau sampai sebati.
- Selepas sebati dan adunan tidak berketul, masuk kan pula telur, susu pekat dan juga gula. Kacau lagi sehingga betul-betul sebati. Sebati okay bukan sejati.
- Terserah guna bekas saiz apa, tapai kalau di sini, guna bekas plastik yang saiz dadih tu, bersaiz kecil. Dan untuk satu adunan kek kukus ini, boleh dapat dalam 17 bekas.
- Tuang adunan hanya separuh atau suku sahaja kalau nak letak topping. Kek ini akan kembang dengan jayanya.
- Tutup je bekas plastik tu dengan penutup dia masa kukus dalam pengukus.
- Kukus kek dalam anggaran 20 minit. Siap.
Dah siap kita punya kek coklat kukus sukatan cawan. Bolehlah buat kuantiti ikut berapa yang mahukan. Satu adunan ni muat dan cukup untuk 17 bekas saiz kecil dadih tu. Jadi, bolehlah bajet ikut sukatan tu.
Memang sesuai untuk jadikan hadiah masa majlis kecil-kecilan atau apa-apa majlis bersesuaian.
Selamat mencuba dan menikmati ya!
Sumber: Dapor Dyg Zakaria
Baca juga: “Memang Guna Daging Fresh”, Resepi Kerabu Daging Mentah, Menu Wajib Bila Musim Raya Haji!