Kek coklat yang seperti ini memang sudah lama wujud. Walaupun ianya sudah lama tetap juga mendapat sambutan. Malah semakin ramai yang cuba membuat kek coklat ini. Selain untuk membuat jualan ada juga yang buat untuk apa-apa majlis atau keraian.
Nak sediakan kek coklat ini memang cukup mudah. Kalau cukup semua bahan yang diperlukan memang menjadi dan sangatlah sedap. Jadi jom kita cuba sekarang.
Cara Buat Kek Coklat Legend Yang Mudah
Bahan-bahan:
Bahan Kisar :
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan gula
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan susu cair
Bahan Ayak :
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan serbuk koko
- 1 sdk soda berkarbonat
Bahan Topping :
- 2 sudu planta/mrjerin
- 1/2 cawan serbuk koko
- 1/4 cawan susu cair
- 1/4 cawan susu pekat
Cara Penyediaan :
- Campurkan bahan ayak dengan bahan kisar dan kisar sehingga sebati.
- Tuangkan dalam loyang.
- Kukus selama 40 minit atau sehingga masak.
Topping :
- Kacau sebati dahulu kemudian masak atas api perlahan sehingga agak pekat.
- Biarkan topping sedikit suam. Tuangkan ke atas kek dan hiaslah mengikut citarasa anda.
- Cara lain gunakan coklat masakan bar/coin, 2 sudu susu pkat, 1s udu butter/marjerin.
- Cairkn mnggunakan kaedah double boiled. Hiaslah mengikut kreativiti anda.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit : Yati Nurhayati
Baca juga : Wanita Ini Kongsi Resepi Legend Kek Coklat Yang Lembut Dan Gebu, Buat Sebiji Memang Tak Cukup!