Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kek Marble Santan Guna Sukatan Cawan, Memang Terlajak Gebu!

Resepi Kek Marble Santan Guna Sukatan Cawan, Memang Terlajak Gebu!

Kategori:
Kek Marble Santan

Jom buat kek marble santan yang gebu gebas ni. Mudah sangat nak buat dan hanya perlu guna sukatan cawan untuk menyukat kalau tiada penimbang. Nampak macam sedap kan? Nak tahu rasanya macam mana, jom cuba buat sendiri.

Kek Marble Santan

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur gred A( suka pakai nutriplus)
  • 1 cawan gula halus
  • 1sb ovalate
  • 1 sk esen vanila
  • 1/2 kotak kecil santan kara
  • 2 cawan tepung self rising
  • 1 cawan/180g butter
  • 1 sb emulco pandan coconut
  • 1 sb pewarna hijau apple

Cara-cara:

  1. Satukan telur, gula, ovalate, esen vanilla, santan dan tepung naik sendiri. Mix sebati sampai gebu.
  2. Akhir sekali baru masukkan butter yang di cairkan.
  3. Kacau rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  5. 1 bahagian letakkan emulco pandan coconut dan 1 lagi letakkan pewarna hijau epal. Kacau kan.
  6. Lapik loyang dengan baking paper.
  7. Letak satu senduk setiap adunan. Gilir-gilir sehingga habis.
  8. Corakkan menggunakan lidi mengikut citarasa masing-masing.
  9. Panaskan oven selama 5 minit dan bakar kek selama 45-55 minit pada suhu 160 menggunakan api atas bawah. Guna rak no 2 dari bawah.
  10. Bila dah siap terbalikkan letak atas redai dan biarkan selama 1 jam baru terbalikkan semula.
  11. Masa terbalikkan tak perlu buka loyang, bila nak letak atas papan baru buka loyang.
  12. Selamat mencuba!

Kredit: Azlina Ina Fans

tags: |