Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kek Marble Yang Sedap, Bakar Tanpa Guna Oven

Resepi Kek Marble Yang Sedap, Bakar Tanpa Guna Oven

Kategori: ,

Terdapat pelbagai variasi resepi kek marble yang berbeza pada rasa, warna atau cara memasak. Resepi Kek Marble ini dikongsi oleh Marlia Lia di laman facebook. Menurutnya, dia tidak mempunyai oven dan bakar kek tersebut dalam periuk sahaja. Jadi lepas ni kalau tiada oven atau oven rosak ke, boleh lah guna cara yang dikongsi olehnya ini.

BAHAN – BAHAN :

  • *2 cawan tepung naik sendiri
  • 1cawan gula pasir
  • 1 cawan marjerin
  • *4 biji Telur gred A
  • 1 sudu Teh esen vanilla

*Saya takda tepung naik sendiri. Jadi ganti kan dengan 2 cawan tepung gandum + 2 sudu Teh baking powder + 2 sudu besar susu pekat

*Telur kat rumah gred B. Jadi saya gunakan 5 biji

CARA PENYEDIAAN :

  1. Marjerin + Gula dikacau. Takda mixer, jadi saya guna sudip kayu.Kacau laju-laju sampai gula tu hancur, marjerin bertukar color putih kuning. Bila penat, anak pulak ganti kacau kan. Anak sorang dah penat, ganti anak lain pulak.. Sampai lah gebu ye .
  2. Masukkan telur ayam satu persatu dalam adunan. Aduk rata je.
  3. Masukkan esen vanilla. Kacau rata lagi. Tujuannya supaya kek tak bau hanyir Telur.
  4. Campurkan baking powder ke dalam tepung gandum. Ayakkan dulu. Taknak ada yang berketul atau ada bendasing. Pastu boleh tuang sikit-sikit dalam adunan. Sampai habis, kacau rata.
  5. Boleh tambah color ikut suka. Kat rumah cuma ada pewarna ? dengan serbuk koko. Jadi saya guna yang tu.
  6. Loyang bawah lapik kertas dan keliling loyang sapu marjerin.
  7. Tuang adunan selang seli warnanye. Buat sampai habis.
  8. Sementara tu dah boleh panaskan periuk. Dalam periuk, jangan letak air sebab kita bukan nak buat kek kukus. Kalau ada pasir, letak pasir didasar periuk untuk tujuan kekalkan suhu. Takda pasir pun tak mengapa. Saya takda pasir, alhamdulillah periuk tak da bocor pun .
  9.  Dalam periuk tu, wajib letak Tungku. Yang alas besi letak periuk panas tu. Atas Tungku tu nanti la letak loyangnya. Pastikan loyang kuih anda lebih kecil dari periuk . Dan periuk tu hendaklah di tutup rapat.
  10. Periuk dah panas, boleh letakkan loyang yang dah isi adunan tadi. Tutup rapat periuk tu. Bakar guna api kecil sahaja. Jangan cuba nak intai-intai kek tu . Dah 30 minit baru boleh buka penutup. Cucuk la dengan lidi nak tau dah masak ke tak. Lidi clear bersih, dah masaklah kek tu..Kat rumah takda lidi, saya guna kayu chopstick
  11. Dah boleh tutup api. Terus bawa keluar kek tu, telangkupkan atas relai. Keluar kan terus dari loyang kek. Kalau di biarkan terus dalam loyang, nanti kek jadi mendap.

 

Sumber :Marlia Lia via MAHN

tags: |