Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Dia Resepi Kek Oreo Cheese Tanpa Bakar Yang Simple

Ini Dia Resepi Kek Oreo Cheese Tanpa Bakar Yang Simple

Kategori: ,

Kek oreo cheese tanpa bakar atau non baked oreo cheese ini sangat sedap dan mudah disediakan sebab tak perlu dibakar atau dikukus. Resepi ini dikongsi oleh Mas Cotek di laman facebook miliknya. Jom kita cuba buat.

BAHAN BASE:

  • 30 keping biskut oreo | asingkan cream di tengahnya
  • 3 sdb butter/margerin

CARA-CARA :

  1. Hancurkan biskut | boleh kisar
  2. Cairkan butter kemudian masukkan oreo yg dikisar tadi, sebatikan
  3. Tekan ke dalam loyang hingga padat
  4. Sejukkan didalam peti sejuk lebih kurang 1/2jam
  5. Base kek dah siap

BAHAN FILLING/ CHEESE CAKE :

  • 250 gm cream cheese
  • 200 ml whipping cream
  • 1/4 cwn susu pekat manis
  • 1/4 cwn gula castor
  • 1 sdt esen vanilla
  • 15 keping oreo |1 bungkus dipatah²kan
  • 1 sdb galetin | larutkan galetin ke dalam air panas
  • 2 sdb air panas

CARA-CARA :

  1. Putar cream cheese dan gula castor hingga kembang
  2. Masukkan susu pekat manis, esen vanilla dan cream oreo yg di asingkan dr bahan base tadi, putar lagi
  3. Masukkan whipping cream dan gelatin
  4. Putar lagi hingga sebati
  5. Masukkan oreo yg dipatah2kan tadi, kacau sebati dgn menggunakan senduk atau spatulla
  6. Tuang ke dalam loyang base tadi
  7. Sejukkan lebih kurang 5 jam atau semalaman
  8. Hias ikut suka hati
  9. Siap untuk dimakan

SELAMAT MENCUBA !

Sumber : Mas Cotek

tags: