Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kek Pisang Mudah, Yang Paling Penting Gebu & Tak Muak

Resepi Kek Pisang Mudah, Yang Paling Penting Gebu & Tak Muak

Kategori:
resepi kek pisang mudah

Kek pisang memang sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia kerana rasa pisang itu sendiri sudah sedap, ditambah lagi bila dijadikan kek. Tetapi, jika kek pisang itu keras memang akan hancurkan rasa pisang itu. Jadi, untuk membuat kek pisang yang lembut juga memerlukan resepi dan sukatan yang betul. Jom ikuti resepi kek pisang mudah di bawah.

Resepi Kek Pisang Mudah, Yang Paling Penting Gebu & Tak Muak

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur ayam
  • ¾ cawan gula
  • ¾ cawan minyak masak @ jagung
  • 1 cawan pisang (ditumbuk)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar ovelette
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:

  1. Pukul telur, gula, esen vanilla & ovelette sampai kembang. Masukkan minyak pukul lagi.
  2. Masukkan pisang dan pukul sebati.
  3. Ayak tepung, soda dan baking powder.
  4. Masukkan bahan yang diayak ke dalam adunan.
  5. Pukul sebati. Masukkan dalam loyang.
  6. Loyang digris dengan minyak dan lapik dengan baking paper.
  7. Potong pisang nipis-nipis untuk letak kat atas kek sebelum bakar.
  8. Panaskan oven 10 minit awal suhu 170°.
  9. Bakar kek 50 minit hingga 1 jam sampai masak.
  10. Siap!

Kredit: Hamidah Ibrahim MidMie

tags: