Kek sarang semut merupakan kek yang berasaskan gula yang dimasak sehingga gula tersebut berwarna kehitaman. Selain kek sarang semut, ia juga dikenali sebagai kek span dan juga kek gula hangus. Ramai diluar sana, yang cuba buat tapi tak menjadi. Tak nampak sarang semutnya dan tak lembut. Jadi kalau anda gunakan tips ini, InshaAllah menjadi.
BAHAN-BAHAN:
Bahan Karamel
- 2 cawan gula pasir (nak cepat, guna gula halus)
- 1/2 cwn mentega
- 2 cawan air panas
Bahan Ayak
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil soda bikarbonat
- 2 sudu kecil baking powder
Bahan Blend
- 7 biji telur gred A ( 6 biji telur gred A )
- 2 sudu kecil esen vanila
- 1 cawan susu pekat ( 3/4 cawan )
CARA PENYEDIAAN:
- Masak gula atas api perlahan sehingga jadi karamel dan semua gula larut.
- Masukkan mentega. Kacau rata.
- Masukkan air panas sedikit demi sedikit. Masuk sikit, kacau. Masuk sikit, kacau. Buat begitu sehingga habis. Tak de la terpercik sangat. Ketepikan dulu.
- Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder dalam bekas besar.
- Blend telur, esen vanila dan susu pekat hingga sebati.
- Tuang bahan blend ke dalam bekas tepung tadi. Kacau rata. Tak ada pantang. Kacau sahaja hingga semua sebati.
- Angkat periuk yang ada gula hangus tadi, tuang ke dalam adunan tepung. Panas-panas pun boleh. Hati-hati, ya. Kacau rata.
- Sediakan loyang 7 x 7 x 3 inci. Sapu dalam loyang dengan mentega. Letak penapis di atas loyang. Tuang dan tapis adunan tadi.
- Panaskan dahulu oven dengan suhu 170’C api bawah sahaja. Selepas 10 minit, masukkan loyang adunan. Bakar sekitar 45 hingga 50 minit. (suhu oven dan masa membakar bergantung pada oven masing-masing, ya. Tak semestinya sama dengan saya.)
- Apabila cukup masa dan kek sudah masak, bolehlah keluarkan. Jika belum masak selepas 50 minit (atas masih lembik), tukar kepada api atas, dan bakar lagi sekitar 5 minit atau hingga adunan masak.
- Potong kek melintang urat.
- Siap untuk dimakan.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Mas Cotek