Pasti ada di kalangan anda yang sudah lama ingin mencuba membuat kek sendiri kan? Jika ya, anda boleh mencuba resepi kek tiramisu ini. Memang sangat mudah untuk dicuba, sesuai untuk anda yang baru berjinak-jinak mahu memasuki dunia baking ini. Jom ikuti perkongsian di bawah oleh Norlailanazira Mohd Agos.
Resepi Kek Tiramisu
1. Resepi Kek Sponge
Bahan-bahan:
- 300g vanila sponge mix
- 300g telur (timbang tanpa kulit)
- 60g air
Cara-cara:
- Satukan semua bahan diatas kemudian putar sampai gebu. Pastikan adunan berlipat baru masukkan 60g minyak sayuran. Minyak masak pun boleh. Kemudian kaupkan menggunakan spatula sahaja sehingga sebati.
- Letakkan baking paper pada loyang 8/9 inci pada bahagian bawah sahaja. Kemudian masukkan adunan tadi.
- Panaskan oven 10minit awal kemudian bakar 40minit suhu 170 api atas bawah.
- Lepas kek masak, terbalikkan atas redai dan cabut baking paper tu.
2. Resepi Isian Tiramisu
Bahan-bahan:
- 250g non dairy whipping cream/fresh cream – putar hingga kental
- 250g creamcheese
- 2 sudu besar susu pekat
Cara-cara:
- Satukan bahan diatas kemudian putar hingga sebati. Campurkan adunan creamcheese dan whipping cream yang sudah kental tadi.
3. Bahan lain
- 1 sudu kecil nescafe dibancuh dengan 15 sudu air. Ataupun jadikan air tu setengah cawan. Yang ni kalau tak faham sila rujuk gambar dibawah apa tujuan ia dibuat.
- Untuk tutup keseluruhan kek, saya guna 200g non dairy whipping cream/fresh cream. Putar sampai kental.
4. Cara-cara menghias
- Pertama kita wajib buat kek span dulu. Dah siap bakar, bagi dia sejuk dulu. Kalau potong masa dia panas, kek akan hancur.
- Saya guna pisau jenis bergigi macam ni.
- Okey lapisan pertama kita letak air nescafe tadi. Tujuan dia nak bagi kek ada rasa pahit. Barulah nama dia tiramisu.
- Letak krim.
- Ulang sampai habis. Setiap layer letak air nescafe ya.
- Dah siap semua lepa keseluruhan kek dengan fresh cream. Simpan dalam peti sejuk, kemudian bolehlah deco sesuka hati anda.
- Hasil selepas dihias.
- Nak tahu cara membuat tulisan atas kek macam ni? Baca di sini.
Kredit: Norlailanazira Mohd Agos