Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kentang Goreng Rangup, Rasa Macam Ayam & Udang. Mudah Je Buat, Tak Sampai Sejam Pun!

Resepi Kentang Goreng Rangup, Rasa Macam Ayam & Udang. Mudah Je Buat, Tak Sampai Sejam Pun!

Kategori: ,
resepi kentang goreng rangup

Ubi kentang merupakan antara tumbuhan yang kaya dengan kabohidrat dan sangat digemari oleh kebanyakan orang. Bukan sahaja rakyat Malaysia malah ia sangat digemari oleh hampir seluruh penduduk dunia. Selain dimasukkan dalam masakan, ubi kentang ini juga sangat enak digoreng bersama tepung bestari.

Nak cuba buat Kentang Goreng Rangup? Jom kita ikuti resepi yang dikongsikan oleh Gee Rn Pcsm ini. Cepat, mudah, sedap dan juga rangup. Kalau ada anak-anak kecil, pasti diaorang suka ni. 

Cara Buat Kentang Goreng Rangup Yang Sedap Dan Rangup

Bahan-bahan:

Cara Penyediaan:

  1. Cuci bersih ubi kentang dan buang kulitnya.
  2. Potong ikut citarasa anda. Jangan tebal sangat.
  3. Kemudian cuci dan toskan.
  4. Ambil bekas dengan penutup, masukkan tepung bestari, blackpepper dan secubit serbuk secukup rasa.
  5. Masukkan ubi kentang tadi dan goncang bekas sampai ubi dengan tepung sekata.
  6. Tunggu 5 minit dan baru goreng dengan api yang sederhana.
  7. Siap. 

Mudah sahaja kan nak sediakan Kentang Goreng Tepung ini. Menurut wanita ini, anaknya mengatakan rasa Kentang Goreng ini macam ayam dan udang. Mesti sedap sangat tu kan? Jadi tunggu apa lagi, jom kita buat sekarang!

Selamat mencuba!

Kredit: Gee Rn Pcsm 

Baca juga: Resepi Balado Kentang Dengan Ikan Bilis, Pedas Sik-Sik Makan Dengan Nasi Putih Memang Terangkat!

tags: