Berat badan naik? Tapi mulut asyik nak makan dan mengunyah je. Jadi apa kata korang amalkan resepi kerabu epal ni. Menurut wanita yang berkongsi resepi ini, kakaknya dah berjaya turunkan berat badan sebanyak 6 kilo, dari 79kg turun 73kg. Waktu pengambilan menu ini antara pukul 7 hingga 8 malam sahaja tau. Lepas tu jangan makan apa-apa dah.
Kerabu Epal ini bukan sahaja sedap dan mudah untuk disediakan namun ia juga boleh menurunkan berat badan anda. Kalau nak tahu setakat mana keberkesanannya, kenalah cuba dulu.
Mudah sahaja kan nak buat Kerabu Epal ini? Kalau tak berselera waktu sahur, bolehlah makan kerabu ni. Confirm naik selera makan tau. Bukan sahaja menaikan selera namun ia juga dapat menurunkan berat badan anda. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula membuatnya sekarang.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Nazuhaina Azu Via MAHN
Baca juga: Resepi ‘Kerabu Ayam Perap’ Yang Super Duper Sedap, Memang Menyangkut. Resepi Asli Dari Indonesia!