Menggunakan bahan yang simple tapi dapat menghasilkan kudapan yang sedap, kerepek tempe sira pedas memang hidangan yang tepat. Rasa krup krap yang masuk ke mulut tu memang akan feel lain macam.
Bagi orang yang tidak meminati tempe pun, bila makan tempe cara sira pedas ni memang ngam! Nak buat senang je, jom tengok perkongsian daripada Ciwy Chips ni.
Resipi Kerepek Tempe Sira Pedas, Rasa Krup Krap Bila Makan Memang Sedap. Cubalah!
Bahan-Bahan:
- tempe
- bawang
- serbuk ketumbar
- garam
- air
- cili kerring
- gula
- air asam jawa
- minyak masak
Cara Penyediaan:
- Hiris tempe secara nipis.
- Kisar bawang putih, serbuk ketumbar, garam dan air bersama.
- Masukkan bahan kisar tersebut bersama tempe tadi dalam satu bensen. Gaulkan ia secara perlahan-lahan sehingga rata.
- Panaskan minyak masak ke dalam kuali. Apabila minyak cukup panas, masukkan hirisan tempe ke dalam kuali.
- Goreng kerepek tempe sehingga garing dan kuning keemasan.
- Angkat dan toskan.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali baru.
- Masukkan gula, garam serta air asam jawa. Masuk dan gaul sehingga sekata.
- Apabila bahan tumisan menjadi peka, tutup api dan tunggu sehingga ia sejuk sebentar.
- Masukkan tempe yang telah digoreng tadi dan gaulkan sehingga semua sebati.
Tips/Petua:
- Disarankan guna tempe yang dibungkus dalam plastik berbanding tempe yang berbalut daun pisang. Ini adalah kerana tempe yang dibungkus dalam plastik, kandungannya lebih padat dan mudah untuk dipotong nipis-nipis.
- Pisau yang tajam perlu perlu digunakan untuk memudahakan tempe dipotong dengan nipis.
- Untuk memastikan kerepek kekal rangup dalam tempoh yang lama, pastikan kerepek yang telah digoreng disejukkkan dahulu sebelum ia disimpan dalam bekas kedap udara.
Semoga perkongsian cara buat kerepek tempe sira pedas ini bermanfaat. Buat ni confirm berbalang-balang habis nanti!
Selamat mencuba dan menikmati.
Sumber: Ciwy Chips
Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Resepi Ayam Kicap Paling Simple Ajaran Arwah Ibu, Rindu Rasa Masakan Macam Ni!