Sedapnya keria gula melaka ni. Mudah je nak buat sendiri rupanya, baru boleh makan puas-puas. Mana tahu kalau buat sendiri lagi sedap kan? Jom cuba buat menggunakan resepi di bawah.
Resepi Keria Gula Melaka Sedap & Lembut
Bahan-bahan:
1 kg keledek putih
1 cawan tepung gandum*
1 sdm tepung beras *
1 sdt baking powder*
Cara-cara:
Rebuskan keledek putih dengan sesudu garam sehingga empuk, sejukkan dan kemudian lecek lumat.
Ayakkan bahan bertanda (*).
Satukan keledek dengan tepung, kemudia uli hingga menjadi doh. Letakkan sedikit majerin cair dan uli hingga licin.
Kemudian ambil sedikit doh dan bulatkan menjadi sebesar bola ping pong. Kemudian lubangkan guna jari, buat sehingga adunan habis.
Panaskan minyak, goreng keria hingga kekuningan @ coklat.
Sebelum keria diangkat, cairkan seketul gula melaka dengan 4 sudu air dan 1 sudu gula pasir. Pastikan gula melaka dihancurkan terlebih dahulu. Masak atas api sederhana sehingga gula berbuih.
Bila gula berbuih ditengah boleh angkat keria dan toskan.
Kemudian masukkan ke dalam kuali yang mempunyai air gula tadi. Gaul sebati.
Bila gula hampir kering matikan api dan gaul lagi.
Kemudian tuangkan atas dulang.
Untuk frozen, goreng agak-agak coklat. Angkat satu per satu dan toskan. Sejukkan dan packing.