Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Indonesian Cuisine: Resepi Kering Tempe Teri Kacang

Indonesian Cuisine: Resepi Kering Tempe Teri Kacang

Kategori: ,,

Nak masak simple dan mudah sahaja? Nak sesuatu yang boleh dibuat bahan menguyah? Jom ikuti kami dalam membuat resepi kering tempe teri kacang yang rangup dan sedap.

Bahan yang diperlukan :

  • 1 papan tempe dipotong – potong dan digoreng
  • Ikan teri dan kacang tanah digoreng
  • Kecap manis secukupnya
  • 5 siung bawang merah
  • 2 siung bawang putih
  • Cabe rawit dan merah besar sesuai selera
  • Lengkuas
  • Daun salam dan daun jeruk
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam, kaldu bubuk dan gula jawa secukupnya

Cara-cara membuat kering tempe teri kacang:

  1. Tumbuk cabe dan garam sehingga halus
  2. Tambahkan bawang merah dan bawng putih, tumbuk sehingga hancur
  3. Masukan lengkuas dan tumbuk sehingga hancur
  4. Tumis bahan2 yang telah ditumbuk tadi
  5. Masukkan daun salam dan daun jeruk
  6. Masukkan garam,gula pasir dan kaldu bubuk
  7. Masukkan cabe yang telah dihiris kecil
  8. Kacau sehingga rata
  9. Tambahkan air asam jawa secukupnya
  10. Tambah kicap manis mengikut selera masing2
  11. Tunggu sehingga mendidih dan masukkan tempe
  12. Masukkan kacang dan ikan bilis
  13. Kaau sehingga sebati
  14. Hidangan selesai

Selamat mencuba, semoga bermanfaat.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredit Oleh : Mama Adeeva

tags: | |