Ketam merupakan antara seafood yang sangat digemari ramai. Terdapat pelbagai resepi ketam yang anda boleh cuba dari rumah, semuanya sedap-sedap! Namun, bagi anda yang minat dengan masakan Thai, boleh cuba resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai.
Nak tahu cara-cara untuk sediakan Ketam Masak Pedas Ala Thai, kan? Jom lah baca perkongsian penuh oleh Mahfuzah Aamin untuk kita cuba hari ini.
Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai
Bahan-Bahan
- Ketam
- 1 batang serai
- 10 keping daun limau purut
- Daun ketumbar
- Cili api
- Bawang merah (dikisar)
- Bawang putih (dikisar)
- Halai (dikisar)
- Asam keping
- 2 sudu serbuk kari
- 3 sudu cili giling
- 2 sudu pes cili Thai atau kiub tomyam
- Gula
- Garam
Cara-Cara Penyediaan
- Isi periuk dengan air dan rebuskan ketam sekejap.
- Setelah ketam siap direbus, keluarkan ketam dan rendam dengan air sejuk untuk elakkan ketam terlebih masak. Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak guna sebagai kuah nanti.
- Panaskan minyak.
- Masukkan bahan yang dikisar dan serai sehingga naik bau.
- Masukkan cili giling dan serbuk kari hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan pes cili thai.
- Dah pecah minyak, masukkan air rebusan ketam tadi ikut suka banyak mana.
- Masukkan asam keping, gula dan garam.
- Masukkan ketam, daun ketumbar, cili api dan daun limau purut.
- Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk,biar bau dan rasa masakan tadi sebati.
- Siap untuk dihidang.
Sekali hidang ni, mesti licin satu pinggan. Jangan bagi dekat ‘hantu ketam’ tau, takut nanti kita pula tak sempat nak merasa. Rasa yang pedas, manis masam ala Thai mesti sangat menyelerakan. Wajib cuba nanti!
Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan resepi ini.
Kredit: Mahfuzah Aamiin
Baca Juga: Ini Resepi Cencaru Sumbat Sambal Portugis Yang Sedap, Sekali Cuba Nak Lagi!