Siapa tak kenal coleslow kan. Kalau pergi KFC je mesti mintak coleslow lebih kan. Macam mana lah agak-agaknya diorang buat? Teringin jugak kadang-kadang nak buat tapi tak ada resepi kan? Jangan khuatir semua. Saya dah sediakan resepi untuk anda semua siap dengan cara-cara buat lagi.

Bahan-bahan :

  • 1 biji kubis potong dadu
  • 1 btg carrot potong dadu
  • 2 sb bawang holland potong dadu
  • ½ cawan mayonis
  • ⅓ cawan gula pasir
  • ¼ cawan susu full cream (dutch lady)
  • ¼ cawan buttermilk
  • 2 ½ sb perahan lemon
  • 1 ½ sb cuka
  • ½ sk garam
  • ⅛ sk serbuk lada hitam

Cara-cara :

  1. Kubis dan lobak merah potong dadu. Ketepikan.
  2. Di mangkuk yang lain, masukkan bawang, mayonis, gula pasir, susu, buttermilk, perahan lemon, cuka, garam, dan blackpepper. Kacau rata.
  3. Satukan kubis, lobak merah dan bahan di no 2.
  4. Kacau sehingga sebati. Nak lebih sedap, perapkan selama semalaman.

Selamat mencuba semua. Belum cuba belum tahu.

Sumber  : Koleksi Resepi Sedap Unuk Keluarga Tersayang

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 13 times!)