Korean Garlic Cheese Bun berasal daripada Korea Selatan dan boleh ditemukan di setiap gerai di street food di kawasan Gangnam Station, Seoul. Tetapi tak kan lah nak pergi korea semata-mata nak makan roti ini kan. Buat sendiri je ikut resepi yang dikongsi oleh wanita ini. Mudah, simple dan sememangnya sedap!
RESEPI ROTI BUN:
Bahan-bahan:
- 1/2cawan fresh milk suam
- 2 sb gula
- 2 sk yis
- 250gm tepung roti/ high protein
- 1 biji telur
- 1 sk garam
- 2 sb marjerin
Cara penyediaan:
- Campurkan susu, yis dan gula. Ketepikan, biar sampai berbuih.
- Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan telur, garam dan adunan yis tadi.
- Uli dan masukkan marjerin. Selepas itu, uli lagi dengan tangan/mixer sampai doh menjadi elastik. (Bila tarik tak koyak).
- Biarkan selama 45-60 minit sehingga doh kembang.
- Apabila doh dah kembang sekali ganda, tumbuk doh untuk mengeluarkan angin.
- Bahagikan doh kepada saiz-saiz kecil.
- Biarkan sekejap lebih kurang 10 minit supaya doh naik.
- Kemudian baakar suhu 180 darjah selama 20 minit.
RESEPI SOS CREAM CHEESE
Bahan kisar:
- 200g cream cheese
- 1./2 cawan whippig cream
- 2 sb gula
Bahan Sos Garlic:
- 3sb butter/marjerin
- 6 ulas garlic cincang
- 1/2 cawan fresh milk
- 1 biji telur
- 2 sb madu
- Sedikit parsley, mixed herb pun boleh
Cara penyediaan:
- Campurkan semua bahan kisar dalam pengisar. Apabila dah selesai kisar, tuangkan dalam piping beg. (Tiada piping beg masukkan je ke dalam plastik biasa daan gunting dekat bucunya)
- Untuk sos garlic pula, cairkan butter dalam periuk, dengan menggunakan api yang perlahan sahaja.
- Kemudian masukkan semua bahan sos garlic.
- Sebelym masukkan telur tutup api terlebh dahulu.
- Selepas masukkan telur baru kacau bagi sebati.
- Siap
CARA MENYEDIAKAN ROTI KOREAN GARLIC CHEESE BUN
- Selepas bun dah masak dan sejuk. Belah 4 tetapi jangan putus.
- Kemudiakan paipkan sos cream cheese dekat celah-celah belahan tu. Mahu lagi sedap paip la banyak-banyak. Melimpah gitu.
- Kemudian curahkan sos garlic supaya kena di keseluruhan bun.
- Masukkan kembali ke dalam oven selama 10 minit dengan suhu 160 darjah.
- Siap untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Nadira Baharudin Via MAHN