Makan buah jambu dan nenas cicah dengan kuah rojak pekat memang sedap sangat! Sedar tak sedar, habis sepinggan penuh buah. Kalau letak kacang banyak-banyak dalam kuah rojak, lagi perghhh!
Apa kata jom cuba buat kuah rojak sendiri kat rumah. Buat sendiri baru puas hati! Buat stok banyak-banyak dan letak dalam peti, kalau nak makan senang tak payah beli dah.
Resepi Kuah Rojak Pekat Likat Memikat
Bahan-bahan:
- Segenggam cili kering (dipotong dan dibuang bijinya dan dibasuh bersih. Direndam sekejap dengan air panas dalam 5 minit kemudian toskan)
- Belacan (tuan resepi guna belacan melaka dan guna separuh dari dalam gambar di bawah)
- 1 cawan gula merah (bukan gula perang)
- 3 cawan gula pasir
- 1/2 cawan kicap
- 5 sb sos cili
- 3 sb tepung jagung (dibancuh dengan 1/2 cawan air)
- 2 sb garam (letak sikit2 takut masin)
- 2 sb bijan
- Segenggam kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dikisar kasar)

Cara-cara:
- Cili + belacan + secawan air panas, dikisar sampai halus. Kemudian masukkan dalam kuali.

- Gula merah dibancuh dengan secawan air dan ditapis, kemudian masukkan ke dalam kuali.
- Masukkan gula pasir, kicap dan sos cili.
- Masak semua bahan sampai mendidih. Jaga-jaga sebab dia cepat meruap, takut kuah melimpah. Selali kacau kuah-kuah tu.
- Bila kuah dah mendidih, masukkan garam secukupnya supaya rasa dia seimbang.
- Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung tadi, kacau sebati. (guna api perlahan)
- Masak sampai kuah pekat.

- Kemudian baru masukkan bijan dan kacang tanah yang dikisar.
- Lebihan kacang masukkan ketika nak makan, baru ditabur atas kuah rojak.

Nota kaki:
- Tunggu kuah sejuk baru masukkan dalam bekas.
- Kalau dimasak sempurna, takkan basi.
- Simpan dalam peti sejuk.
- Nak makan, keluarkan dan cedokkan sahaja.
Kredit: Cik Pooja