Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kuah Soto

Resepi Kuah Soto

Kategori: ,,
resepi kuah soto

Soto adalah sup tradisional Indonesia yang terdiri daripada sup, daging, dan sayur-sayuran. Banyak sup tradisional dipanggil soto, sedangkan sup asing dan Barat dipanggil sup. Soto kadang-kadang dianggap hidangan kebangsaan Indonesia. Soto terletak di Indonesia, tersedia di banyak warung dan restoran terbuka di pelbagai sudut jalan, ke restoran makan malam dan hotel mewah. Kerana jumlah pendatang Indonesia yang bekerja dan menetap di negara-negara jiran, soto juga boleh didapati di Singapura dan Malaysia, dan telah menjadi sebahagian dari masakan kita. Bagi yang tidak tahu macamana nak masak soto, disini saya sediakan resepi untuk masak kuah soto dan boleh di makan dengan mee, bihun, kuey teow ataupun lontong.

 

Kuah Soto Dahlia’s Kitchen

Bahan-bahan kisar (blend)

  • 3 Biji Bawang Besar
  • 10 Ulas Bawang Putih
  • Halia 1 Besar Ibu Jari
  • 4 Biji Buah Keras
  • 2 Batang Serai

Bahan-bahan lain

  • 1-2 Ekor Ayam (Ayam kampung kalau ada) ( direbus dan diketepikan airnya )
  • 4 Sudu Makan Penuh Rempah Sup atau Rempah Kurma
  • 1 Batang Kayu Manis
  • 3 Bunga Lawang
  • 5 Biji Pelaga
  • 5 Biji Bunga Cengkih
  • 1 Batang Serai ( dititik )
  • Sebesar Ibu Jari Lengkuas ( dititik )
  • 2 Kiub Stock Ayam
  • Garam Secukup Rasa
  • 3 Helai Daun Pandan
  • Bawang Goreng

Terpulang utk makan bersama Mee Kuning, Mee Hoon, Mee Kuay Teow ataupun Lontong…

Sambal Kicap Mudah Dahlia’s Kitchen

  • 5 Btg Lada Merah,
  • 5 Btg Cili Padi,
  • 2 Ulas Bawang Putih,
  • 1 Sudu Teh Gula,
  • Semua bahan bahan dikisar bersama Kicap Masin. ( kicap masin ikut sukatan masing2 )

Cara-cara memasak 

  • Panaskan minyak, masukan bahan kisar, rempah sup, serai, daun pandan, lengkuas dan rempah tumis hingga matang
  • Rebus ayam hingga masak, air rebusan jangan buang
  • Ambil air rebusan ayam letak dalam bahan tumis tadi, masukan juga stock ayam
  • Masukan garam dan bawang goreng tunggu hingga mendidih kemudian siap untuk dihidang

Kredit: Dahlia’s Kitchen

Cuba Jangan Tak Cuba Kalau Tak Cuba Tak Tahu…
Ihklas Dari Saya Manfaat Untuk Semua…

tags: | |