Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kuetiau Homemade Menggunakan 3 Bahan. Ringkas Dan Mudah

Resepi Kuetiau Homemade Menggunakan 3 Bahan. Ringkas Dan Mudah

Kategori: ,

Kuetiau bukanlah satu makanan yang asing bagi rakyat Malaysia. Ia merupakan sejenis mi yang diperbuat dari tepung beras. Majority masyarakat kita membeli kuetiau di kedai kerana tidak tahu cara untuk membuatnya.

Sebenarnya mudah je nak buat kuetiau ni. Hanya perlu beli 2 bahan je iaitu tepung beras dan tepung ubi. Kalau guna satu paket tepung, memang akan dapat hasil yang banyak.

Dah tak sabar nak tahu resepi ni! Oh ok. Jom kita tengok cara-cara untuk buat kuetiau homemade.

Cara Buat Kuetiau Homemade Semudah ABC

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung beras*
  • 1/2 cawan tepung ubi*
  • 1 1/2 cawan air*
  • Sedikit minyak suyuran

Langkah-langkah penyediaan kuetiau

1.Sediakan pengukus. Nak guna kuali pun boleh.

2.Campurkan kesemua bahan (*). Kemudian kacau rata sampai bergentel.

3.Sapukan minyak sayuran pada loyang

4.Tuang sesenduk adunan ke dalam loyang. (pastikan semua ruang pada loyang dipenuhi dengan adunan).

5.Kemudian, kukus sehingga masak (lebih kurang 7 hingga 10 minit).

6.Biarkan sejuk dan sapukan minyak sayuuran pada permukaan kuetiau. Keluarkan dari loyang dan susun secara bertindan.

7.Ulang proses 3 hingga 6 sehingga selesai

8. Sapukan bahagian pisau dengan minyak dan potong kuetiau mengikut saiz yang anda suka. Siap!

p/s: Kalau guna pisau pendek, boleh lipat kue tiau kepada dua bahagia untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pemotongan kuetiau.

Mudahkan nak buat kuetiau homemade ni. Guna 3 bahan je dah siap. Daripada beli yang dekat kedai tu, baik buat sendiri.

Itu sahaja perkongsian dari Daily Makan mengenai resepi kuetiau homemade yang sangat ringkas dan mudah. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam menghasilkan makanan terbaik buat keluarga tersayang.

Kredit: Fiza Mh

Baca juga: Resepi Rahsia ‘Kuetiau Sup Siam’ Sama Macam Kedai, Memang Terangkat Habis!

tags: |