Musim cuti persekolahan sudah habis dan semua orang semestinya sudah menjadi sibuk memandangkan pejabat kembali dibuka dan banyak kerja yang perlu disiapkan. Hal itu membuat ramai tidak sempat untuk ke dapur dan menyediakan pelbagai lauk-pauk untuk keluarga dan diri sendiri.
Jika anda sering terkejar-kejar masa atau terlalu penat untuk memikirkan hidangan yang ingin dimasak, cubalah resepi kuey teow goreng basah ini. Mudah dan ringkas, tak memerlukan bahan-bahan yang susah pun!
Nak Cepat? Ini Cara Buati Kuey Teow Goreng Basah. Ringkas & Sedap, Confirm Jadi!
Bahan-bahan
- Kuey teow sebungkus – guna jenama ini
- 1 labu bawang besar (ditumbuk)
- 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 4 sudu makan cili kisar atau cili boh
- Fishball
- Fishcake
- Udang atau isi ayam
- 2 biji telur
- 2 cawan air
- 5 sudu makan sos tiram
- 5 sudu makan sos cili
- 5 sudu makan sos tomato
- 5 sudu makan kicap Mudim atau Habhal
- Garam
- Gula
- Serbuk Hilal
- Taugeh
- Kucai
Cara penyediaan
- Tumis bebawang sehingga naik bau wangi. Bila sudah kekuningan, masukkan fishball dan fishcake yang telah dipotong nipis.
- Goreng seketika sehingga naik bau wangi, masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
- Dah masak cili, tukarkan pada api sederhana. Masukkan udang atau isi ayam, air, sos cili, sos tomato, sos tiram. Kacau sehingga sebati, agak menggelegak, masukkan serbuk hilal, gula dan garam. Perasakan mengikut citarasa masing-masing.
- Kuah dah mendidih, masukkan telur yang telah dipecahkan. Biar seketika. Perlahankan api dan jangan kacau. Biar telur kuning itu masak. Dah agak masak telur dah boleh masukkan kuey teow yang telah dibasuh. Kacau mesra sikit-sikit sahaja.
- Dah mesra elok, tambahkan air sedikit. Kalau nak tekstur yang basah-basah barulah sedap. Tambah lagi sedikit kicap untuk berikan sedikit warna, barulah letakkan kucai dan taugeh.
- Api kekalkan perlahan, gaul mesra dan siap untuk dinikmati.
Teramat mudah sahaja untuk menyediakan kuey teow goreng basah ini di rumah. Campak sahaja dah siap, memang puas hati untuk dimakan. Selepas siap sahaja kerja, boleh terus masak. Tak perlu lama-lama di dapur.
Selamat mencuba!
Kredit: Fatyn Zamry
Baca Juga: Resepi Miang Pla Pao Dengan Sos Hijau Thai Versi Mudah Yang Teramatlah Sedap, Guna Air Fryer Je!