Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resepi Kuih Angkoo Pandan Yang Menarik Dan Sedap! Korang Wajib Cuba Ni

Wanita Ini Kongsi Resepi Kuih Angkoo Pandan Yang Menarik Dan Sedap! Korang Wajib Cuba Ni

Kategori: ,
resepi kuih angkoo pandan

Angkoo Pandan merupakan kuih yang berasal daripada China. Bahan utama yang digunakan adalah tepung pulut dan kentang yang direbus lalu dilenyek. Nak menyediakan Angkoo Pandan ini tidak terlalu sukar pun tetapi hanya memerlukan sedikit kemahiran sahaja. Dan apa yang penting adalah acuannya. Acuan perlu ada bagi menampakan bentuknya yang cantik dan kemas. Nak tahu resepi nya tak? Jom kita rujuk resepi kuih angkoo pandan di bawah ini.

Wanita Ini Kongsi Resepi Kuih Angkoo Pandan Yang Menarik Dan Sedap! Korang Wajib Cuba Ni

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 biji kentang direbus/lenyek
  • 1  1/4 cawan santan diblend bersama 5 helai pandan
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sedikit garam
  • Daun pisang secukupnya sebagai lapik.. sapu sedikit minyak

Bahan Inti:

  • 1 cawan kacang hijau yg telah dibuang kulit (ada jual ya)
  • 1/2 cawan gula pasir | Kalau nak manis boleh tambah

CARA PENYEDIAAN:

  1. Satukan bahan-bahan, jadikan doh yang lembut
  2. Bulatkan doh masukkan inti
  3. Acuan angkoo sapu sedikit minyak ataupun tabur sedikit tepung. Masukkan doh yang telah diintikan tadi ke dalam acuan dan tekan padat.
  4. Ketuk-ketuk dan keluar kuih angkoo dari acuan. Ulang sehingga habis.
  5. Kukus 8~10 min, angkat kemudian sapu sedikit minyak (tak nak minyakkan pun tak ngape)
  6. Sejukkan dan sedia dihidangkan.

Cara Penyediaan Inti:

  1. Rebus kacang hijau sehingga kembang kemudian blend.
  2. Masukkan gula dan masak balik sehingga kering atau rendam semalaman  kemudian kukus selama 1/2 jam.
  3. Masukkan gula kemudian blend. Opah guna hand blender. Sejukkan bulat-bulatkan inti.
  4. Ketepikan.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Mas Cotek

tags: