Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kuih Apam Gula Merah, Makan Pula Dengan Kelapa Parut Muda, Baru Rasa Lemaknya!

Resepi Kuih Apam Gula Merah, Makan Pula Dengan Kelapa Parut Muda, Baru Rasa Lemaknya!

Kategori: ,
apam gula merah

Bagi peminat kuih tradisional, pasti korang mengenali kuih apam kan? Kuih apam gula merah atau dikenali sebagai apam kampung memang sedap dimakan kerana rasanya yang lemak-lemak. Lagi-lagi makan dengan kelapa parut muda, lemaknya akan lebih terasa.

Tambahan pula, sejak kebelakangan hari hujan dan cuaca mendung ni, rasa lapar pula berada di rumah. Sesiapa nak try kuih ni, memang tak rugi mencubanya buat di rumah. Selain langkah yang senang, rasa asli gabungan kelapa parut muda bersama apam gula merah memang gandingan mantap. Jom cuba buat!

Resepi Kuih Apam Gula Merah, Makan Pula Dengan Kelapa Parut Muda, Baru Rasa Lemaknya!

apam gula merah

Bahan-Bahan A:

  • 200 gram gula merah
  • 150 gram gula pasir
  • 600 ml air
  • 3 helai daun pandan ikat sampul

Bahan di atas dimasak hingga gula larut sampai mendidih. Toskan, biarkan sejuk.

Bahan-Bahan B:

  • 450 gram tepung gandum
  • 150 gram tepung beras
  • 8 gram yis mauripan
  • secubit garam

Cara Penyediaan:

  1. Dalam bekas campur (Bahan B) kecuali garam. Gaul rata lalu masukkan gula merah (Bahan A) sedikit demi sedikit sambil digaul rata. Lalu masukkan garam, adun hingga betul-betul sebati, lalu perapkan lebih kurang 50 minit.
  2. Setelah adunan mengembang, tuang ke loyang brownies 20×20 yang terlebih dahulu disapu minyak.
  3. Kukus adunan 30 minit atau sehingga masak, sajikan dengan kelapa parut.

Kelapa Parut:

  1. 1/2 biji kelapa parut. Tambahkan garam sedikit, gaul rata dan kukus 15 minit.
  2. Masukkan daun pandan biar wangi.
  3. Siap!

apam gula merah apam gula merah apam gula merah

Dah siap kuih apam gula merah kita. Potong-potong dan susun cantik-cantik dalam pinggan. Memang sedap mata memandang bersama bau yang semerbak. Boleh disediakan di mana-mana majlis nanti.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua dan selamat mencuba!

Sumber: Yulichia88

Baca juga: Peniaga Kongsi Rahsia Kesedapan Burger Tepi Jalan, Boleh Cuba Buat Di Rumah Confirm Sedap!

tags: | |