Setiap bangsa atau kaum mempunyai makanan atau kuih tradisional masing-masing. Tak semua kaum melayu tidak mengenali kuih tradsional daripada mereka.
Ini adalah resepi Kuih Cengkaruk kuih tradisional orang Jawa, yang patut dibelajar jika bosan dengan kuih yang kita kenali sekarang.
Kuih Tradisional Rare Orang Jawa, Ini Resipi Kuih Cengkaruk Dengan Beras Pulut Yang Digoreng Atau Disangai Dahulu! Harus Cuba!
Resepi Kuih Cengkaruk ini dikongsikan oleh Sharmila Azri di Facebook Page Aneka Resepi Untuk Anda. Bahan-bahan yang digunakan mudah sahaja, tetapi cara penyediannya agak sukar tapi melalui perkongsian ini, ia mudah sahaja.
Bahan-Bahan:
- Sekilo beras pulut
- Santan kelapa (sebiji kelapa atau santan kotak pun boleh)
- Setengah kilo gula merah
- Secawan gula pasir (boleh tambah kalau nak manis lagi)
- 2 cawan air
- Garam
Cara Penyediannya:
- Beras pulut digoreng tanpa minyak atau disangai sehingga kekuningan
- Kemudian blend beras pulut yang telah digoreng tadi sampai halus
- Masukkan secawan air dalam kuali
- Kemudian masukkan pula gula merah dan gula pasir, kacau sampai gula tadi betul-betul hancur
- Kemudian masukan santan dan secubit garam dan masak sampai mendidih
- Dah mendidih masukkan pula beras pulut yang telah dikisar tadi
- Pastikan guna api yang kecil sewaktu nak masukkan beras kisar tadi
- Kalau nampak pekat, boleh maskukan sedikit lagi air
- Kalau air tak cukup takut nanti kuih cengkaroq kita akan jadi keras, kita nak lembut-lembut sikit
Tunggu apa lagi, cubalah sekarang. Mudah bukan?
Selamat Mencuba!
Kredit: Sharmila Azri di Facebook Page Aneka Resepi Untuk Anda
Baca Juga: Resepi Dodol Homemade Yang Patut Anda Cuba, 12 Minit Je Dah Siap!