Kuih gunting tidak asing di kalangan penggemar makanan tradisional Melayu. Mempunyai tekstur yang ranggup dan keras, ia boleh dinikmati sebagai kudapan.
Jika anda ingin untuk mencubanya, di sini kami berkongsi resepi kuih gunting pedas, ia telah diolah oleh Norhaiza Razali di laman Facebook. Jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.
Resipi Kuih Gunting Pedas Lejen, Memang Rangup & Sedap Untuk Dimakan
Bahan-bahan
- 1 kg tepung
- 250 gm marjerin
- 3 sudu udang kering
- 2 sudu rempah kari
- I bungkus serbuk santan
- 2 sudu cili blend (boleh lebihkan kalau suka pedas)
- Minyak sedikit
- Garam
- Ajinomoto
- Air sejuk dari peti sejuk
- Daun kari
Cara-caranya
- Panaskan marjerin bersama minyak sekejap, ketepikan.
- Kisarkan udang kering bersama serbuk kari, serbuk santan, cili blend, garam dan ajinomoto. Letak sedikit air sahaja.
- Ambil tiga tangkai daun kari, hiris halus-halus dan masukkan ke dalam tepung, gaul rata.
- Masukkan marjerin tadi, gaulkan, ramas hingga menjadi macam serbuk roti.
- Setelah rata, masukkan air sedikit demi sedikit, uli doh hingga tak lekat di tangan.
- Gunting doh nipis-nipis dan goreng dalam kuali yang telah dipanaskan dengan minyak masak sehingga garing.
Mudah sangat nak buat kuih gunting kan? Nanti, anda boleh menikmatinya pada bila-bila masa. Memang enak!
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Norhaiza Razali
Baca Juga: Resepi Lepat Labu Yang Ringkas & Mudah, Inti Pun Lembut Untuk Dimakan