Kuih ketayap atau juga dikenali dengan nama kuih gulung ini merupakan kuih tradisional yang popular di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih yang berinti kelapa parut dan kulitnya seakan lempeng. Rasa kuih ketayap ini sangat sedap, intinya sedikit manis sangat sesuai dimakan setelah digulung dengan kulit yang di goreng seperti lempeng.
Nak cuba buat sendiri kuih ketayap ni? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Siti Nardina di bawah ini. Sangat mudah dan senang. Kalau pandai buat lagi comel dan cantik.
Cara Buat Kuih Ketayap Yang Comel Dan Sedap!
RESEPI INTI
Bahan-bahan:
- 1/2 biji kelapa parut (ambil yang putih sahaja)
- 1/2 cawan gula
- 1 sudu kecil sirap ros
- 1 helai daun pandan simpulkan
- 1 sudu makan tepung gandum
Cara Penyediaan:
- Masukkan air, gula, daun pandam dan sirap ke dalam kuali. Masak sehingga gula larut.
- Kemudian masukkan kelapa parut kacau sehingga kering airnya.
- Masukkan pula tepung gandum dan kacau sehingga sebati.
- Ketepikan.
RESEPI KULIT
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan santan
- 1 cawan air boleh pakai air pandan jika suka
- Sedikit garam
- 1 biji telur
- 2 sudu mkn minyak masak
- Sedikit pewarna hijau
Cara Penyediaan:
- Campurkan semua bahan dan whisk sehingga sebati. Bancuhan jangan pekat sangat dan jangan cair sangat, sedang-sedang sahaja.
- Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak masak.
- Masukkan 1 senduk adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan supaya membulat dan nipis.
- Apabila permukaan dah kering angkat dan letakkan inti di tengah-tengah kuih ketayap tadi.
- Lipat kiri dan kanan kemudian gulung dengan kemas.
- Siap untuk dihidangkan.
Mudah sahaja kan nak buat Kuih Ketayap ni? Sangat sesuai dimakan pada waktu pagi atau petang. Makan ramai-ramai lagi syok tau. Jadi tunggu apa lagi tu, jom kita cuba buat sekarang.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Siti Nardina
Baca juga: Resepi Lengkap Kuih Resoles Yang Sedap & Menyelerakan