Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kuih Lapis Pastel Mudah Untuk Dicuba, Yang Penting Sedap!

Resepi Kuih Lapis Pastel Mudah Untuk Dicuba, Yang Penting Sedap!

Kategori:
Kuih Lapis Pastel

Masih mencari-cari idea nak buat kuih untuk minum petang? Jom cuba buat kuih lapis pastel yang comel dan mudah ini. Anda boleh letak pewarna yang diingini mengikut citarasa masing-masing.

Resepi Kuih Lapis Pastel Mudah Untuk Dicuba, Yang Penting Sedap!

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung beras – cap teratai
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 3/4 cawan gula – nak manis tambah
  • 1 kotak santan 200ml
  • 3 cawan air
  • Sedikit garam
  • Pewarna ikut suka

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan kecuali pewarna. Kacau sehingga sebati.
  2. Kemudian tapiskan adunan, bahagikan adunan sama banyak. Letakkan pewarna mengikut warna yang disukai.
  3. Sapukan minyak pada loyang bersaiz 7 atau 8. Lapikkan dengan plastik.
  4. Kukuskan air sehingga betul-betul mendidih. Tuangkan lapisan 1, kukus selama 7 minit. Kemudian tuangkan lapisan lain yang ulang langkah sehingga habis.
  5. Lapisan akhir kukus selama 15-20 minit.
  6. Biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong.
  7. Selamat mencuba!

Kredit: Zura Zul

Baca juga: Bekas Pekerja Starbucks Kongsi Cara Bancuh Air Nescafe Yang Betul-Betul Kaw! Sedap Dia Lain Macam, Bikin Ketagih

tags: