Kuih Limas merupakan kuih tradisional negeri Perak yang cukup popular dalam kalangan masyarakat kita. Seakan tepung pelita namun perbezaannya adalah ia diperbuat dari tepung gandum. Seperti kuih tako dan tepung pelita, rasanya berlemak manis, berair dan lembut. Kebiasaannya kuih ini akan menggunakan kelongsong daun pisang.
Cara untuk membuat kuih tradisi Perak ini sangat mudah dan ringkas. Nak cuba buat sendiri? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Fatihah Ali. Menurutnya ini adalah resepi daripada ibunya dan pernah kuih ini mendapat order sebanyak 400pcs sehari. Memang sedap la nampak gayanya tu. Jom kita cuba buat!
Lapisan bawah (hijau)
*Kacau dengan whisk dan tapis
Lapisan atas (putih)
*Kacau dan tapis
*Adunan ini boleh menghasilkan sehingga 30pcs, bergantung kepada saiz sampan anda.
Mudah sahaja kan nak buat Kuih Limas ini? Kalau anda seorang yang rajin mencuba dan tak pernah lagi buat Kuih Limas ini, apa kata kali ini cuba sendiri di rumah. Kalau sedap bolehlah buat jualan kan memandangkan sekarang tak ramai yang buat jualan kuih ini.
Sumber : Facebook Fatihah Ali
Baca juga : Resepi Mango Cheese Cake No Bake Yang Mudah & Sedap!