Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resipi Turun Temurun Kuih Limas Hingga 400Pcs Order Sehari, Mudah & Sedap!

Wanita Ini Kongsi Resipi Turun Temurun Kuih Limas Hingga 400Pcs Order Sehari, Mudah & Sedap!

Kategori:

Kuih Limas merupakan kuih tradisional negeri Perak yang cukup popular dalam kalangan masyarakat kita. Seakan tepung pelita namun perbezaannya adalah ia diperbuat dari tepung gandum. Seperti kuih tako dan tepung pelita, rasanya berlemak manis, berair dan lembut.  Kebiasaannya kuih ini akan menggunakan kelongsong daun pisang.

Cara untuk membuat kuih tradisi Perak ini sangat mudah dan ringkas. Nak cuba buat sendiri? Jom kita ikuti perkongsian resepi dari Fatihah Ali. Menurutnya ini adalah resepi daripada ibunya dan pernah kuih ini mendapat order sebanyak 400pcs sehari. Memang sedap la nampak gayanya tu. Jom kita cuba buat!

Cara Buat Kuih Limas Yang Mudah, Sedap Dan Menyelerakan!

BAHAN-BAHAN:

Lapisan bawah (hijau)

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 1/2 cawan air
  • 3 sudu makan santan kara (50ml)
  • Pewarna hijau

*Kacau dengan whisk dan tapis

Lapisan atas (putih)

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2  3/4 cawan air
  • Baki dari santan kotak kara (150ml)
  • Garam (untuk tambah lemak)

*Kacau dan tapis

CARA PENYEDIAAN:

  1. Letak 1 sudu kecil gula ke dalam sampan.
  2. Masukkan adunan warna hijau ( separuh sampan).
  3. Kukus 5 minit dengan api sederhana.
  4. Selepas 5 minit masukkan adunan warna putih, kukus lagi selama 5 minit.
  5. Lepas 5 minit, siap. Buka kukus jangan bagi air wap terkena nanti buruk.

*Adunan ini boleh menghasilkan sehingga 30pcs, bergantung kepada saiz sampan anda.

 

Mudah sahaja kan nak buat Kuih Limas ini? Kalau anda seorang yang rajin mencuba dan tak pernah lagi buat Kuih Limas ini, apa kata kali ini cuba sendiri di rumah. Kalau sedap bolehlah buat jualan kan memandangkan sekarang tak ramai yang buat jualan kuih ini.

Selamat mencuba!

Sumber : Facebook Fatihah Ali

Baca juga : Resepi Mango Cheese Cake No Bake Yang Mudah & Sedap!

tags: |