Pada post kali ini saya akan kongsikan resepi dan cara-cara membuat kuih mangkok cucing tape nasi. Bahan untuk membuat kuih ini sangat ringkas dan kuih ini amat sedap dimakan, anda patut cuba dirumah.Berikut merupakan resepi untuk membuat kuih mangkok cucing tape nasi:
Bahan-bahannya
500 gr tepung beras
150 gr nasi yg sudah jadi tape
250 gr gula pasir
100 ml air putih
600 ml santan
3 sdt baking royal
Cara membuatnya
Campurkan tepung beras, kemudian gula, tape nasi kemudian aduk sambil letak air
Kemudian biarkan adunan selama 10jam
Selepas 10jam masukan santan, dan uli hinggan tercampur merata, kemudian masukan pewarna
Kemudian campur dengan baking royal, selepas itu panaskan kukusan dan tuang adunan ke dalam cetakan
Dikukus kira kira 20 minit, kemudian angkat dan dinginkan dah siap untuk dimakan