Pernah dengan kuih pukis tak? Kalau bellum pernah, inilah masanya untuk tahu dan cuba masak kuih ni bagi merasakan sendiri kesedapan dia! Untuk pengetahuan semua, kuih pukis ni adalah makanan ringan tradisional Indonesia. Ia memang biasa ditemukan di pasar-pasar dekat sana.
Kalau korang rasa nak makan kuih ni, boleh buat sendiri je dekat rumah. Sedap makan panas-panas petang hari ditemani kicauan burung. Cewahhhh!
Jom ikut resepi yang dikongsikan oleh Lydia Na Kitchen ni.
Resipi Kuih Pukis Makanan Tradisional Indonesia, Hadir Dalam Pelbagai Perisa, Jom Cuba!
Bahan-Bahan:
- 1 1/2 cawan santan kotak
- 1 1/2 cawan air
- 1 1/2 cawan gula
- 3 biji telur
- 4 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu teh yis
- 2 sudu makan majerin cair
- 1/2 sudu teh garam halus
Cara Penyediaan:
- Satukan yis dengan air suam 1/2 cawan dan kacau-kacau bagi yis larut. Kemudian biarkan.
- Masukkan santan, air, gula, garam ke dalam periuk masak atas api hingga panas.
- Kacau hingga gula larut, jangan sampai mendidih ya. Agak-agak dah panas je tutup apii. Biarkan suam-suam baru masukkan telur dan kacau sebati.
- Kemudian, masukkan tepung gandum+baking powder. Kkacau lagi sampai takda ketulan-ketulan tepung.
- Dah sebati masukkan yis tadi. Diiikuti dengan marjerin cair. Kacau lagi dan tutup dalam 30 minit.
- Nak perasa pandan, boleh letak paste Pandan Coconut dan pewarna hijau.
- Panaskan acuan, sapu marjerin baru tuang adunan tadi. Dan taburkan coklat rice. Terpulang nak letak toppping apa-apa pun boleh. Tak kisah.
- Tutup dan bakar dengan api kecil dalam 5-6 minit. Siap untuk dihidang.
Wah! Dah siap kuih pukis kita. Makan petang atau bila-bila, dihidang panas-panas, sedap sangat! Kalau korang nak buat jualan kuih ni pun boleh. Kuih lain dari yang lain.
Semoga bermanfaat, selamat mencuba ya!
Sumber: Lydia Na Kitchen
Baca juga: Semua Perlu Tahu! Tips Dan Penerangan Pemanjangan Jangka Hayat Produk Serta Beza Tarikh Luput!