Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Cuba Resepi Kuih Ropa Inti Daging, Kuih Warisan Terengganu Yang Simple Tapi Sedap Tak Terkata!

Jom Cuba Resepi Kuih Ropa Inti Daging, Kuih Warisan Terengganu Yang Simple Tapi Sedap Tak Terkata!

Kategori:

Negara kita memang kaya dengan khazanah budaya sehinggakan setiap negeri ada kuih warisannya tersendiri. Mungkin ada yang belum pernah dengar tentang kuih ropa yang cukup popular di negeri Terengganu.

Juga dikenali sebagai kuih lipat atau roll pie, ramai yang suka nikmatinya ketika minum petang.

Kuih ropa ini boleh didapati dengan pelbagai inti, namun yang paling digemari adalah ropa inti daging dan ropa inti ikan.

Sekali imbas, kuih ini nampak macam popia, tapi rupanya cara buat kuih ropa ni sama macam nak buat kuih ketayap!

Jangan tak tahu, anda juga boleh hasilkannya sendiri di rumah. Caranya senang sahaja.

Jom kita tengok resepi kuih ropa inti daging yang dikongsikan oleh Muliadi Ramli.

Resepi Kuih Ropa Inti Daging Yang Terlajak Sedap, Sesuai Dijamu Untuk Minum Petang

Bahan Inti Daging

  • 250 gram daging lembu | dicincang halus
  • Bawang besar | dipotong dadu
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar lada hitam ditumbuk
  • 3 sudu besar rempah kari
  • 2 biji kentang dipotong dadu
  • Gula, garam & perasa
  • 2 sudu besar cili boh

Bahan-Bahan Untuk Kulit Ropa

  • 400 gram tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 700 ml air
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • ½ sudu kecil pewarna kuning

Cara-Cara Masak Inti Daging :

  • Kisar bawang putih dan bawang merah sampai halus. Kemudian, tumiskannya sampai naik bau.
  • Kemudian, masukkan cili boh dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  • Seterusnya, masukkan rempah kari. Gaulkan sebati dan tumis lagi sampai pecah minyak.
  • Kemudian, letakkan kentang dan lada hitam. Masak lagi hingga hampir kering.
  • Masukkan pula bawang besar, garam, gula dan perasa. Bila dah masak, boleh tutup api dan ketepikan.

Cara-Cara Buat Kulit Ropa :

Untuk buat kulitnya, masukkan semua bahan ke dalam satu bekas dan kacau rata.

Kemudian, kisarkan semua bahan sehingga halus.

kuih ropa

Panaskan non-stick pan atau kuali yang tak melekat. Ambil satu senduk adunan dan bentukkan kulitnya seperti dalam gambar di bawah.

kuih ropa

Bila kulit dah masak, kita bolehlah start masukkan inti. Letakkan inti di tengah-tengah dan lipatkan dengan kemas.

kuih ropa

kuih ropa

Akhir sekali, anda boleh gorengnya menggunakan sedikit minyak.

kuih ropa

Mudah saja rupanya nak buat kuih ropa ni. Memang sesuai untuk dijamu sebagai hidangan minum petang. Jom cuba resepi ni!

Kredit : Muliadi Ramli via Masakan Terengganu

 

 

tags: