Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Buat Kuih Sagu, Yang Penting Jangan Derhaka Resepi

Ini Cara Buat Kuih Sagu, Yang Penting Jangan Derhaka Resepi

Kategori: ,
Kuih Sagu

Resepi kuih sagu ini dikongsikan oleh Nanie Shaffiee di laman Facebook. Menurutnya, untuk buat kuih sagu ini penting untuk ikut step by step yang dikongsikannya. Jom baca perkongsiannya di bawah.

RESEPI KUIH SAGU

Bahan-bahan:

  • Sagu setengah kilo – 1/2 kg
  • Gula
  • Pewarna Sirap Rose
  • Kelapa parut
  • Garam

Cara-cara:

  1. Sagu setengah kilo/1/2kg. 
  2. Cuci ya.. jgn kasar2 tau..cuci manja2 je gitew.
    cuci jgn byk kali.. nanti kekurangan kanji/kanji hilang.. lepastu rendam..air agak2 mcm dlm gambar ya.. lebihkurang 1/2 inci atas sagu. sementara nak tunggu sagu kembang.. pi panaskan pengukus siap2.. jgn dok termenung pulak.
  3. Lebihkurang 10 minit sagu akan kembang camni.. dah x nampak dah air yg kita rendam tadi.
  4. Masukkan gula lebihkurang 12-13 sudu mkn @ sesedap rasa ditekak masing2 la senang. Rasa la nanti tahap manisnya tu..kak nanie rasa xtau byk mana nak dpt ketepatan manisnya yg tekak kak nanie nak.
  5. Pehtu letak la pewarna..kak nanie suka letak sirap Ros..wangiiiii..sedapppp…
    suka hati ler nak merah byk mana.. Jgn merah makngah sgt udah lerr.. kang x tertelan kang.
  6. Kacau rata2..ini la rupa selepas campur gula & sirap..kira dah secukup rasa lah ni. Bila kita kacau..nanti akan nampak airnya..air pun byk gitu je..jgn di buang airnya tu.. Jgn pandai2 tambah air gak..kang terlembik kak nanie x bertanggungjawab.
  7. Pehtu letak dlm loyang..kak nanie xde tambah air dah ya..air tu yg awal2 kak nanie rendam sagu..tapi tengok keadaan sagunya juga la..air paras2 sagu..masih nampak sagunya.. Loyangtu kak nanie gris dgn myk sikit..nipis2 je.. Tujuan supaya x melekat..haaa..pastu kukus la lebihkurang 30 – 40 minit gitu..sampai putih sagu hilang la senang..kang cukup 40 minit x hilang2 putihnya kak nanie lak disalahkannya. dah tengah kukus boleh la pi sidai kain ke..sapu rumah ke..siram pokok Bunga ke..jgn pegi tido sudah.
  8. Tadaaaaaa…gini la kejadiannya.. Setengah kilo ngam2 dgn loyang kak nanie.  Loyang korang kak nanie xtau ya. pastu tunggu la sejuk dulu baru potong..jgn panas2 korang potong. Haaaa..apa lagi..pi cepat2 buat..satgi boleh ngapppp.
  9. Dah sejuk bolehla di potong n gaulkan dgn kelapa parut (kelapa parut tu kak nanie tambah secubit garam, gaul rata2 ngan sudu dan kukus sekejap seminit dua..jgn lelama.. tujuan utk kelapa tahan lama dan x cepat basi) Taraaaa..kuih sagu buatan air tgn kak nanie yg kasar.

Selamat mencuba!

Kredit resepi: Nanie Shaffiee

 

tags: