Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Kuih Seri Muka Sukatan Cawan, Cantik Je Rupanya. Memang Kena Dengan Selera

Resepi Kuih Seri Muka Sukatan Cawan, Cantik Je Rupanya. Memang Kena Dengan Selera

Kategori: ,
resepi kuih seri muka

Kuih seri muka merupakan kuih tradisional melayu. Kuih ini digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Mungkin kerana rasanya yang manis dan sedikit berlemak. Sangat sesuai untuk dijadikan minum petang atau sarapan pagi. Ianya juga sangat mudah untuk disediakan. Jadi ayuh kita sama-sama buat dengan menggunakan resepi di bawah ini.

Resepi Kuih Seri Muka Yang Mudah & Sedap! 

BAHAGIAN BAWAH

Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras pulut (rendam selama 3 jam)
  • 2 cawan santan
  • Secubit garam

Cara Penyediaan:

  1. Cucikan pulut sehingga bersih.
  2. Toskan dan masukkan santan dan garam.
  3. Kukuskan selama 25 minit.
  4. Angkat dan penyekkan bagi padat.

BAHAGIAN ATAS

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan gula pasir
  • ½ cawan air pandan (kisar daun pandan)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna hijau

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan dan kisar.
  2. Kemudian masukkan ke atas pulut yang telah dipadatkan.
  3. Kukuskan selama 30 minit.
  4. Siap untuk dihidangkan.

*Saya buat dalam 2 loyang, jadi saya bahagikan 2 bahan-bahan tu.

SELAMAT MENCUBA!

Baca juga : Wanita Ini Dedah Resepi ‘Kuih Talam Vanilla Coklat’ Jualannya, Tempahan Selalu Full Mesti Sedap Sangat Ni!

tags: |