Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kuih Siput Lemak Manis & Kuih Siput Kari Rangup

Resepi Kuih Siput Lemak Manis & Kuih Siput Kari Rangup

Kategori:
resepi kuih siput rangup

Kuih siput merupakan antara kuih tradisional Melayu yang tak pernah hilang sehingga hari ini. Walaupun kini terlampau banyak kuih muih yang lebih moden namun yang lama tetap tidak dilupakan. Masih banyak yang dijual dipasaran. Tidak lupa juga ada yang pandai dan rajin buat sendiri.

Kalau beli yang dijual tak puas makan katanya. Buat sendiri lebih jimat. Lemak cukup, masin cukup, manis cukup. Semua cukuplah. Nak tahu cara mudah buat kuih siput ini? Jom kita ikuti resepi yang dikongsikan oleh Nor Azliza Mohamed ini.

Resepi Mudah Kuih Siput

Kuih Siput Lemak Manis

Bahan-bahan : 

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sk garam halus
  • 3 sb marjerin
  • Air sejuk secukupnya

Cara Penyediaan : 

  1. Campurkan tepung gandum, garam, gula, marjerin dan gaul sebati semuanya.
  2. Kemudian campurkan air sejuk sedikit demi sedikit ke dalam campuran tadi.
  3. Apabila doh sudah sebati ( tidak keras, tidak lembut dan betul-betul sesuai untuk diterap nanti) bolehlah gentel kecil-kecil.
  4. Kemudian terapkan di atas papan penerap siput.
  5. Bila semuanya sudah siap, panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.
  6. Siap.

Kuih Siput Rangup

Bahan-bahan : 

  • 1 kg tepung gandum
  • 1 cawan marjerin
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 3 sb serbuk kari ikan/daging
  • 1 sk garam
  • 1 biji telur
  • 1 kotak kecil santan (200ml)
  • Sedikit air sejuk (kocak bekas kotak santan tadi )
  • Daun kari secukupnya

Cara Penyediaan : 

  1. Satukan semua bahan dan uli hingga doh jadi lembut.
  2. Tambahkan air sedikit demi sedikit jika doh terlalu keras.
  3. Gentel doh bulat-bulat kecil sehingga habis dan terapkan di atas acuan kuih siput.
  4. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dan masukkan kuih siput tadi.
  5. Bila siput hampir masak baru masukkan daun kari.
  6. Siap.

Selamat Mencuba!

Kredit : Nor Azliza Mohamed Via MAHN

Baca juga : Cara Mudah Buat Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi, Memang Padu Rasanya

tags: |