Untuk penggemar cerita drama korea, semestinya sentiasa terliur jika melihat makanan yang ada dalam cerita tersebut. Tetapi selalu terfikir, bahawa susah di Malaysia ini nak dapatkan makanan korea yang pelik-pelik dan rare.
Baru-baru ini, ada sebuah drama korea yang viral di Malaysia iaitu Alchemy of Souls. Di dalam cerita tersebut ada satu babak di mana hero drama tersebut, menggemari Kuih Yakgwa ini.
Penggemar Drama Korea! Ini adalah Resepi Kuih Yakgwa, Manisan Paling Manis & Sedap Di Korea. Makan Sambil Tonton Movie Memang Best!
Resepi ini dikongsikan oleh stressogal di dalam TikTok beliau. Beliau juga penggemar kepada drama korea dan membuat video untuk berkongsikan Resepi Kuih Yakgwa ini.
Bahan-Bahan Adunan:
- 160g gula
- 3 biji telur
- 1 sudu besar minyak
- 100g tepung donut
- 330g tepung gandum
- 60g tepung beras
Bahan-Bahan Sirap Madu:
- 300g madu
- 1/3 cawan air
- 1 sudu besar gula
- 2 keping halia
- 1/2 sudu kecil serbuk cinnamon
Cara Penyediaan Adunan:
- Masukkan gula ke dalam mangkuk atau bekas yang besar untuk memudahkan gaul adunan nanti.
- Masukkan telur dan pukul.
- Kemudian masukkan minyak dan gaulkan.
- Masukkan tepung gandum, tepung beras dan tepung donut dan gaulkan sehingga menjadi adunan untuk uli menjadi kuih.
- Sejukkan di dalam peti selama 1 jam.
- Selepas selesai sejukkan, boleh uli adunan tersebut dan gunakan acuan bentuk kuih yang ada suka.
- Selepas selesai, boleh goreng dengan minyak yang panas sehingga menjadi garing selama 3 hingga 5 minit.
Cara Penyediaan Sirap Madu:
- Masukkan madu yang ada di dalam botol sebanyak 300gram ke dalam periuk.
- Masuk air, gula, halia dan cinnamon dan gaulkan.
- Letakkan di atas api yang sederhana sambil gaulkan supaya ia tidak mengeras.
- Selepas selesai, Kuih Yakgwa yang telah digoreng tersebut dicelup ke dalam sirap madu selama 30 minit.
Dah siap! Boleh buka terus cerita tengok kdrama Alchemy of Souls dan feeling-feeling Jang-Uk ada sebelah sambil makan Kuih Yakgwa.
Selamat Mencuba!
Kredit: stressogal
Baca Juga: Ini Rahsia Creamy Milk Donut Ala Korea Gebu Gebas, Memang Penuh Krim & Cair Dalam Mulut!