Resepi Laksam, Pertama Kali Buat Pun Pasti Menjadi!

Resepi laksam ini dikongsikan oleh Iza Zaza. Menurutnya, ini kali pertama dia membuat laksam, tapi menjadi! Hanya menggunakan kuali, pelapik besi periuk dan tudung periuk sahaja.

Untuk yang tak pernah masak laksam ni, boleh cuba resepi di bawah ya. Pasti menjadi.

Resepi Laksam

Bahan-bahan laksam:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • Garam secubit
  • Minyak masak 1 sudu
  • 2 cawan air panas dan 1 cawan air sejuk

Cara-cara:

  1. Garam dan minyak disatukan dalam air.
  2. Kemudian masukkan dalam tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati dan cair tetapi jangan terlalu cair, sedang-sedang sahaja.
  3. Biarkan air mendidih di dalam periuk dan tutup periuk. Sapukan minyak pada penutup periuk dan bila sudah panas baru letakkan adunan tadi. Tutup dan kukus dalam 5 minit sampai naik gelembung tanda masak.
  4. Selepas sudah diangkat, gulung-gulungkan kan. Dan potong.

Bahan-bahan kuah laksam A:

  • 4 ekor ikan – terpulang kalau nak buat banyak
  • Asam keping – 3 keping
  • Garam secukupnya
  • Santan

Bahan-bahan kuah laksam B:

  • Bawang merah 3 biji
  • Bawang putih 3 biji
  • Halia 1 inci
  • 2 sudu serbuk lada hitam
BACA JUGA  Dah Try Dalgona Coffee Kan? Kali Ni Jom La Try Resepi Green Tea Latte Ni Pula.

Bahan lain:

  • Cili
  • Air asam
  • Gula
  • Garam

Cara-cara:

  1. Rebuskan ikan. Sudah masak, sejukkan dulu. Kemudian baru asingkan ikan dan tulang. Kemudian kisarkan.
  2. Kisarkan bahan-bahan B
  3. Kemudian satukan ikan yang dikisar tadi, bahan B dan santan. Sudah sebati baru buka api dan masukkan asam keping dalam ikan yang direbus tadi.
  4. Perasakan dengan garam, kacau dengan kerap. Bila sudah mendidih, tutupkan api.
  5. Kisarkan cili merah, air asam, garam dan gula untuk dijadikan sambal.
  6. Siap untuk dihidang!

Selamat mencuba!

Kredit: Iza Zaza

 

 

5/5 (1 Review)