Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Lempeng Daun Sup, Terasa Berbeza Di Setiap Gigitan

Resepi Lempeng Daun Sup, Terasa Berbeza Di Setiap Gigitan

Kategori: ,
lempeng daun sup

Seperti sedia maklum, lempeng adalah makanan yang diadun dengan tepung dan dihidangkan seakan-akan roti canai tetapi lebih tebal. Cara penyediaannya yang ringkas dan hanya memerlukan beberapa bahan sahaja menjadikan ia menu makanan yang sering dibuat untuk minum petang.

Dan di Malaysia, ada yang tertanya, adakah lempeng di Malaysia ini dihidangkan sebagai krep atau penkek. Jawapan yang sebenar adalah krep. Bagi yang sudah memanggil lempeng sebagai penkek pasti sedikit hairan.

Hal ini demikian, lempeng di negara ini kebanyakannya lempeng yang disediakan ala Melayu. Ia lebih nipis, padana dan leper berbanding lebih gebu dan ringan.

Jadi, untuk resepi kali ini, lempeng yang disediakan lebih sedap dan terasa lainnya! Di sini, kami kongsikan resepi lempeng daun sup. Ia memberi rasa yang sedikit berbeza apabila si pemakan menggigit daun sup bersama.

Resepi Lempeng Daun Sup, Terasa Berbeza Di Setiap Gigitan

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 1/4 cawan air
  • garam
  • maggi cukup rasa
  • daun sup (dihirs halus)

Cara penyediaan:

  1. Satukan kesemua bahan kecuali daun sup.
  2. Tapiskan adunan dan masukkan daun sup.
  3. Sapu dengan sedikit minyak pada kuali non-stick.
  4. Tuang satu senduk sayur adunan dan masak sehingga kedua belah lempeng berubah warna.
  5. Gulung ketika lempeng sehingga agak suam.
  6. Siap untuk dihidang.

Nota

  • Selain dari daun sup, korang boleh tukar kepada daun bawang, daun ketumbar ataupun daun kuchai (bolehlah mengikut selera masing-masing)
  • Jika mahu pedas, boleh tambah sendiri hirisan cili padi atau chilli flakes.
  • Hidangkan lempeng dengan kuah kari, kuah dal, rendang atau ikan bilis.

lempeng daun suplempeng daun suplempeng daun sup

Sudah siap kita punya lempeng daun sup yang sedap dan ringkas. Bolehlah sediakan untuk minuman petang bersama keluarga dan orang tersayang. Ditambah dengan air teh o panas, memang menjadi!

Jika biasa anda menikmati lempeng yang kosong. Cubalah versi yang sedikit lain ini.  Pasti ada yang bebeza di setiap gigitan yang masuk ke mulut!

Selamat mencuba dan selamat menikmati!

Kredit: Kuali Helena

Baca juga: Ini Resepi Ikan Kukus Yang Mudah, Hidangan Yang Simple Untuk Dinikmati

tags: | |