Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Lengkap Nasi Ayam Penyet, Kalah Kedai Tau. Bukan Sahaja Sedap Malah Membuatnya Juga Tak Terlalu Rumit!

Resepi Lengkap Nasi Ayam Penyet, Kalah Kedai Tau. Bukan Sahaja Sedap Malah Membuatnya Juga Tak Terlalu Rumit!

Kategori:
resepi lengkap nasi ayam penyet

Tahukah anda bahawa Ayam Penyet ini merupakan makanan yang berasal dari Indonesia. Iaitu dari daerah Jawa Timur. Jadi kalau anda perasan nasi ayam ini sering didatangkan dengan tempe dan tauhu. Walaupun ia merupakan makanan yang berasal dari Indonesia, rakyat Malaysia amat menggemarinya.

Sehingga kadang-kadang penuh kedai makan ayam penyet ini. Nak cuba buat? Boleh, tiada masalah. Anda boleh mengikuti resepi yang dikongsi oleh Nor Asiah ini.

Resepi Lengkap Nasi Ayam Penyet, Kalah Kedai Tau. Bukan Sahaja Sedap Malah Membuatnya Juga Tak Terlalu Rumit!

RESEPI SAMBAL

Bahan-Bahan:

  • 10 biji cili merah besar | potong
  • 10 biji cili padi hijau | potong
  • 10 biji bawang kecil | potong
  • 3 biji bawang putih | potong
  • 5 biji tomato
  • 5 cm belacan
  •  2 sudu ikan bilis

Cara Penyediaan:

  1. Goreng ikan bilis dulu.
  2. Kemudian goreng semua bahan potong dan goreng hingga layu.
  3. Angkat dan kisar kasar.
  4. Kemudian tumis semula bahan tadi.
  5. Masukkan air asam limau, garam dan sediit gula merah/perang

RESEPI AYAM PENYET

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam potong 4 atau 8. | Rebus dan simpan air untuk nasi

Bahan perapan ayam:

  • 1/2 sdb jintan manis *
  • 1/2 sdb jintan putih*
  • 3 sdb ketumbar*
  • 1 sdb serbuk kari ayam
  • 1 sdb serbuk kunyit
  • 1/2 sdb serbuk lada putih
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 1 cm halia | kisar bersama bawang putih
  • Sedikit air
  • 1 sdk garam

Bahan bertanda * goreng tanpa minyak dan kisar kasar

Cara Penyediaan:

  1. Semua bahan di atas dilumur pada ayam yang direbus tadi.
  2. Perapkan sekurang-kurangnya 2 jama atau lebih. Lagi lama lagi sedap.
  3. Gorengkan dalam minyak yang banyak.
  4. Lebihan perapan simpan untuk dibuat kruk-kruk.

RESEPI KRUK-KRUK

Bahan-bahan:

  • Air lebihan perapan ayam
  • 1 biji telur
  • Tepung beras (agak-agak cair)

Cara Penyediaan:

  1. Gaul hingga sebati.
  2. Masukkan dalam acuan roti jala
  3. Tuang dalam minyak panas
  4. Goreng sehingga garing

RESEPI NASI

Bahan-bahan:

  • Beras
  • Butter
  • Bunga lawang
  • Kayu manis
  • Buah pelaga

Cara Penyediaan :

  1. Cairkan butter dan tumiskan bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga.
  2. Masukkan air rebusan tadi, garam dan kub ayam

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Nor Asiah

tags: |