Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Lengkap Roti Serbaguna, Sedap & Lembut Macam Squishy. Kepal Pun Kembang Lagi!

Resepi Lengkap Roti Serbaguna, Sedap & Lembut Macam Squishy. Kepal Pun Kembang Lagi!

Kategori:
resepi roti yang lembut

Selain nasi atau beras, roti atau gandum juga antara makanan asasi manusia atau kebanyakan orang. Ada juga yang langsung tidak makan nasi dan hanya sekadar makan roti sahaja. Berkenaan dengan roti ini, pastinya ramai kan yang tertanya-tanya cara nak buat sendiri roti ini.

Wanda Jasmi ada berkongsi cara mudah serta lengkap untuk membuat pelbagai jenis roti. Sama ada roti kukus, bakar dan goreng semuanya boleh menggunakan resepi ini sahaja. Bukan sahaja roti malah ingin membuat donut juga boleh.

Resepi Donut & Roti Serbaguna Yang Mudah

Bahan-bahan :

Bahan A : 

  • 1 cawan air suam
  • 1 paket yis
  • 3 sb susu pekat
  • 2sb gula
  • 1 biji telur

 

Bahan B : 

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sb marjerin
  • 1 sk garam

Cara penyediaan :

  1. Rendam bahan A sehingga kembang. 
  2. Bila bahan A sudah kembang, campurkan bersama bahan B. Andai doh masih melekat dan lembik, tambah tepung lagi ya. Sampai doh tak melekat.
  3. Gaul sebati dan uli selama 30 minit sehingga doh betul-betul gebu.
  4. Rehatkan doh selama 1 jam atau sehingga 2x ganda kembang.
  5. Apabila dah kembang, tumbuk doh perlahan-lahan supaya angun dalam doh keluar. Uli selama 5 minit. 
  6. Kemudian timbang doh sama berat untuk dapatkan saiz yang sama. (Nak beli penimbang, boleh beli dekat sini )
  7. Jangan lupa sapu marjerin dalam loyang, supaya mudah untuk keluarkan roti. ( Nak beli loyang boleh beli dekat sini ).
  8. Bentukkan untuk buat roti atau donut. Boleh masukkan apa-apa sahaja inti.
  9. Selepas bentukkan biarkan, biarkan mengembang 2-3 kali ganda sebelum bakar/goreng.
  10. Bakat suhu 160 C selama 20-30 minit. Api atas bawah. Oven panaskan terlebih dahulu. Dalam 5 minit. (Beli oven di sini )
  11. Siap bakar, sapu susu pekat campur air atas roti. Susu kotak pun boleh.
  12. Siaplah roti dan donat!

Semoga bermanfaat!

Kredit : Wanda Jasmi Via MAHN

Baca juga : Resepi Roti Pizza Tuna Paling Mudah. Jimat & Sedap, Anak-Anak Pun Suka!

tags: |